terung bakar santan

Penggemar terung wajib cuba resipi terung bakar santan ini. Banyak resipi terung yang anda boleh cuba. Tetapi resipi terung ini salah satu menu yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Terung yang digaul bersama santan akan menghasilkan aroma yang pasti memikat hati anda! Jika suka pedas boleh lebihkan cili.

Biasanya terung sering dimasak dengan sambal atau berlada, tapi apa salahnya kita mencuba sedikit kelainan. Kalau ada yang terliur nak cuba menu yang ringkas dan sedap ini, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Kak Ngah Zairihasna di bawah.

Baca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap

Cara Buat Terung Bakar Santan

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Santan
  • Belacan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi

terung bakar santan

Cara-cara:

1. Bakar terung di atas dapur sehingga isinya lembut. Terbalikkan beberapa kali supaya ianya masak sekata.

2. Carik kasar terung yang sudah dibakar tadi. Letakkan dalam bekas dan ketepikan dahulu.

terung bakar santan

3. Tumbuk kasar belacan, cili, bawang merah dan bawang putih.

4. Kemudian masukkan santan (santan sudah dimasak terlebih dahulu selama 5 minit). Gaul sehingga semuanya sebati.

5. Tuangkan ke dalam terung bakar tadi. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

terung bakar santan

Kredit: Kak Ngah Zairihasna

Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN