PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-12 07:32:47

Ayam masak merah ini memang sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi disebabkan tempoh PKPB ni, majlis perkahwinan termasuklah kenduri adalah tidak dibenarkan. Jadi kalau korang teringin sangat nak makan ayam masak merah ala-ala kenduri, apa kata cuba masak sendiri di rumah. Nampak macam susah tapi sebenarnya senang je! Jom ikuti resipi yang dikongsi oleh Koleksi Resepi Masakan Ayam di Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih (Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat)
  • 3 biji bawang besar (saiz besar) *
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*

(Blend semua bahan bertanda *)

  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

            Kredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam

Cara-cara:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian masukkan serai dan tumis sekejap.
  2. Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.Tumis lagi sampai garing.
  3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika, kacau sesekali dan perisakan garam.
  4. Kemudian boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Siap!

Tips: Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato

Kredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam

Kredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam

Selamat Mencuba

Kredit: Koleksi Resepi Masakan Ayam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN