Categories: Infomasi

6 Minuman Dan Makanan Yang Tercipta Secara Tak Sengaja, Nombor 3 Tu Paling Tak Sangka!

Pernah tak terfikir macam mana makanan kegemaran korang tercipta? Selain memasak makanan yang sedap, seorang chef yang berpengalaman juga biasanya membuat eksperimen untuk menghasilkan makanan atau hidangan baru yang sedap dan unik.

Tapi, dalam sejarah pun terdapat beberapa makanan dan minuman yang telah tercipta secara tak sengaja dan menjadi popular.

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Kali ini, min akan kongsikan 6 makanan dan minuman yang dicipta secara tak sengaja ini.

Mesti korang paling terkejut bila tengok yang nombor 3 nanti.


1. Aiskrim batang atau popsicle


Popsicle atau lebih dikenali sebagai aiskrim batang di Malaysia ini sebenarnya dicipta secara tak sengaja pada tahun 1905.

Seorang kanak-kanak berumur 11 tahun bernama Frank Epperson, rancang nak buat minuman soda.

Namun secara tak sengaja, dia tertinggal minuman tersebut di luar rumah. Kebetulam malam tersebut cuaca sangat sejuk sehingga menyebabkan minuman soda tu membeku.

Keesokkan paginya, dia dapati kayu yang digunakan untuk mengacau beku sekali di dalam bekas air soda itu.

Frank Epsicle patenkan ais krim dengan nama Popsicle.

Frank terus keluarkan soda ais itu lalu menjilatnya. Dia terus menyukainya dan menamakan makanan tersebut sempena namanya.

Menyedari keunikkan ‘Epsicle’m dia mula menjual kepada semua dan ramai yang sukakannya. Tahun 1024, beliau telah failkan paten ais krim tersebut dan memberi nama Popsicle.


2. Biskut Cip Coklat


Biskut ini secara tak sengaja dicipta oleh Ruth Wakefield pada tahun 1930. Semua berlaku ketika dia sedang menyediakan makanan untuk tetamu yang menginap di rumah iaitu Toll House Inn.

Masa Ruth tengah buat biskut untuk tetamunya yang ramai tu, dia baru sedar yang dia tak ada bahan adunan coklat yang cukup untuk biat biskut coklat.

Lalu, dia terus dapat idea untuk potong kecil-kecil bar coklat ke atas biskut dan beranggapan akan cair bila dibakar dalam oven.

Malangnya, ketulan coklat yang diletakkan atas biskut tak cair dan membentuk menjadi cip coklat. Tapi sangat digemari oleh para tetamu dan sejak itu popular ke serata Amerika.


3. Kon Ais Krim


Tahun 1094, Arnold Fornachou dan seorang chef telah mencipta kom ais krim secara tak sengaja. Ketika sedang meniaga pada musim panas, dia telah kehabisan cawan plastik untuk menghidangkan ais krim yang dijual.

Kebetulan, berdekatan tempat beliau berniaga terdapat sebuah kedai pastri yang menjual waffle.

Chef tersebut menunjukkan kepada beliau bagaia hendak menggulung waffle tersebut menjadi sebuah kon. Bila je kon dah siap, Arnold terus letakkan ais krim di atasnya.

Para pelanggannya menggemari idea tersebut dan menjadi popular sehingga kini.


4. Tofu


Terdapat beberapa teori yang menyatakan bagaimana Tofu dibuat. Antara kisah yang popular adalah bagaimana seorang tukang masak secara tidak sengaja tertumpahkan cecair bernama nigari ke dalam sebuah bekas berisi susu soya.

Campuran tersebut menjadikan susu soya tersebut mengeras seakan-akan pepejal lembut. Tukang masak tersebut telah menghidangkan makanan tersebut kepada pelanggannya.

Menariknya, mereka sangat menyukai makanan tersebut. Menyedari akan hakikat tersebut, tukang masak tersebut terus menghidangkan makanan yang kini dikenali sebagai tofu kepada pelanggannya.

Kini, tofu sering dijadikan pengganti daging bagi golongan vegetarian. Malah, ianya juga banyak digunakan dalam pelbagai
jenis juadah yang dihidangkan oleh orang Asia.


5. Slurpee


Slurpee merupakan minuman popular yang begitu sinonim dengan kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven. Sekiranya anda tidak tahu, minuman ini dicipta secara tidak sengaja oleh Omar Knedlik yang juga merupakan pemilik kedai ais krim Dairy Queen.

Pada suatu hari, kerana kerosakan pada mesin sejuknya, beliau terpaksa menyimpan minuman soda yang dijual dalam botol kaca di dalam tempat sejuk beku.

Akibat terlalu lama, minuman tersebut menjadi sedikit beku tetapi masih lagi boleh diminum. Beliau menjual minuman soda ini kepada pelanggannya dan ternyata mereka menggemari keunikan tekstur minuman soda yang dijualnya.

Menyedari permintaan yang tinggi untuk minumannya ini, beliau melakukan pelbagai eksperimen dan mencipta mesin khas untuk menghasilkannya. Minuman ini pada awalnya diberi nama “Icee”.


6. Kerepek Kentang


Ketika menonton televisyen atau memandu dalam perjalanan yang jauh, kerepek kentang sering menjadi pilihan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Tahukah anda, kerepek kentang ini tercipta secara tidak sengaja oleh George Crum pada
tahun 1853.

Beliau merupakan seorang chef berpengalaman yang bekerja di restoran Moon’s Lake House. Pada satu hari, pelanggannya
telah memesan hidangan berasaskan kentang goreng. Malangnya, mereka tidak begitu menggemarinya kerena merasakan
kentang tersebut begitu tebal.

Beliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk memotong senipis-nipisnya kentang dan menggorengnya sehingga rangup. Selepas meletakkan sedikit garam sebagai penambah perisa, beliau kemudiannya menghidangkannya kepada para pelanggannya. Ternyata, mereka menggemarinya. Kini, kerepek kentang boleh dikatakan antara makanan ringan paling popular di dunia.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

1 day ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

2 days ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

2 days ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

2 days ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

2 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

2 days ago