tempoyak goreng

Sambal tempoyak goreng merupakan salah satu hidangan tradisional yang jarang didengar namun ada penggemarnya yang tersendiri.

Sambal ini sangat lazat dan enak kerana ada gabungan rasa manis, masam dan pedas. 

Buat anda yang inginkan kelainan, boleh mencuba resipi yang telah dikongsikan oleh Zee Basir di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sambal Bilis Crispy Macam Beli, Menu Emergency Bila Lewat Bangun Sahur!

RESIPI TEMPOYAK GORENG

Bahan-bahan:

  • 25-30 biji cili api kampung (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 1 mangkuk sedang tempoyak manis
  • 3 biji bawang merah kecil dimayang*
  • 3 ulas bawang putih dimayang*
  • 1/2 inci halia di mayang*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang kuning holand (besar)
  • 1 cawan setengah santan cair (bukan patinya)
  • 1 mangkuk sedang ikan bilis (dibelah 4 atau ditumbuk kasar pecah-pecah)
  • Segenggam terung pipit/manggo
  • 1 batang keladi birah ratah (dihiris menyerong, diramas buang airnya dan basuh)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit gula atau aji
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis anggaran 1 sendik kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) sampai wangi dan garing sedikit tapi bukan hangus hangit ya.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis bersama cili api yg ditumbuk halus tadi dan goreng separuh garing. Kemudian masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan santan cair tadi bersama terung pipit dan batang keladi birah ratah serta asam keping.
  4. Letakkan garam dan tambah ajinomoto jika suka.
  5. Masak sampai kuah tempoyaknya agak pekat sedikit atau sampai terbit minyaknya.
  6. Siap untuk hidangan. Makan bersama nasi putih panas-panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zee Basir

Baca juga: Cara Buat Pes Ibu Kunyit. Jimat Masa Nak Memasak, Tinggal Cedok Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN