Categories: Informasi

Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap

Setiap kali Syawal pasti wajib beli popia gulung serunding ni. Sekali makan pasti akan ‘ketagih’ sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri popia gulung ni. Kalau korang ada serunding lebih, boleh lah cuba buat.

Tetapi cara membuat popia gulung ini memakan masa dan ketelitian untuk menggulung. Tapi jangan risau, jika kita guna teknik yang dikongsi oleh Hasifah Che Mat ini, mudah dan cepat cara menggulungnya. Jom lihat perkongsian di bawah.

Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!

CARA BUAT POPIA GULUNG SERUNDING

Bahan-bahan:

  • Sepeket kulit popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
  • 250gm sambal ikan @ serunding ikan
  • Air biasa – untuk melekatkan popia

Cara-cara:

1. Popia dipotong empat.

2. Kemudian potong segitiga.

3. Susun dari atas ke bawah.

4. Letakkan sambal ikan secukupnya.

5. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.

6. Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.

7. Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.

8. Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Hasifah Che Mat

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

Wan N

Recent Posts

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

4 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

4 hours ago

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

10 hours ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

10 hours ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

11 hours ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

11 hours ago