Categories: Resipi

Telur Rebus Masak Kari Paling Beraroma, Punyalah Sedap Sampai Menjilat Jari

Orang yang suka memasak di rumah pasti seronok jika dapat resipi ringkas seperti Telur Rebus Masak Kari. Dapat makan dengan nasi panas, memang sedap tak terkata.

Siti Fatimah telah kongsikan cara buat Telur Rebus Masak Kari di Facebook yang sungguh menyelerakan sampai boleh buat ramai mengidam. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Tips Kupas Telur Rebus Yang Cantik, Isi Tak Melekat Pada Kulit

RESIPI TELUR REBUS MASAK KARI

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • Rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
  • Rempah daging Babas
  • 4 biji bawang kecil
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2 biji ubi kentang
  • Kerisik
  • ½ cawan santan
  • 1 ketul pati ayam Knorr
  • Sedikit garam
  • 2 biji tomato
  • Sedikit daun bawang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus telur selama 10 minit.

2. Sementara itu, boleh tumbuk atau kisar bawang kecil, bawang putih, halia, lada hitam dan jintan manis serta masukkan ke dalam rempah daging.

3. Kemudian, panaskan api dan tumiskan rempah 3 sekawan bersama bawang kecil dan sedikit halia sampai naik bau.

4. Apabila kelihatan sudah garing, masukkan rempah daging Babas yang dicampur dengan sedikit air bersam kerisik.

5. Masak sampai pecah minyak, kemudian masukkan santan, telur dan ubi kentang.

6. Apabila ubi kentang sudah betul-betul lembut, masukkan pati ayam Knorr dan 2 biji tomato yang dibelah empat dengan sedikit garam.

7. Seterusnya, tunggu sampai kuah mendidih.

8. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan daun bawang, kemudian gaulkan. Siap untuk dihidang!

Telur Rebus Masak Kari boleh dijadikan sebagai hidangan buat seisi keluarga pada bila-bila masa. Kuahnya yang cukup rempah dan aroma, pasti tiada orang akan menolaknya.

Selain telur rebus, anda boleh gunakan resipi ini dengan menggunakan telur goreng juga. Tak kisahlah guna jenis telur apa sekalipun, paling penting lazatnya tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Fatimah

Baca juga: Kari Telur Campur Terung, Ada Tips Buat Kuah Sedap Sampai Esok Mengigau!

Aimi

Recent Posts

Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!

Sayur goreng campur boleh dijadikan pilihan untuk melengkapkan hidangan harian, terutama apabila terdapat lebihan sayur…

8 mins ago

Tips Simpan Santan Segar, Rupanya Boleh Tahan 2 Hingga 3 Hari Tanpa Beku!

Sebenarnya, ada beberapa tips simpan santan segar yang boleh dicuba supaya bahan ini tidak cepat…

1 hour ago

Resipi Sayur Tauge Kicap Cair 5 Bahan, Tips Kena Tumis Sekejap Saja Supaya Kekal Rangup!

Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan…

1 hour ago

Tak Perlu Mixer, Ini Resepi Kek Pisang Gebu Guna Blender Yang Sesuai Untuk Minum Petang

Ada pisang masak di rumah? Jangan biarkan sampai terlebih masak, apa kata cuba resepi kek…

1 hour ago

Resipi Kaswi Gula Melaka Yang Lembut Dan Kenyal, Penggemar Kuih Tradisional Wajib Cuba!

Kuih kaswi gula melaka merupakan antara kuih tradisional yang digemari kerana rasanya yang manis dan…

3 hours ago

Ayam Masak Ketumbar Jintan, Rahsia Lauk Berempah Yang Buat Ramai Terliur Nak Cuba

Buntu memikirkan menu untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resipi ayam masak ketumbar jintan…

3 hours ago