Adakah anda pernah dengar tentang Telur Pindang, makanan tradisi yang cukup popular dari Johor? Kita boleh jumpa makanan ini sewaktu kenduri kahwin orang Melayu di Johor saja.
Telur Pindang merupakan telur ayam yang direbus dalam air herba selama beberapa hari. Apa yang menarik tentangnya adalah ia boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih.
Biasanya ia dimasak selama 3 hari, tapi buat anda yang nakkan cara yang cepat dan mudah, anda boleh cuba resipi daripada Cik Yah yang dikongsikan di Facebook ini.
Walaupun cuma rebus selama 2 jam, rasa Telur Pindang itu tetap ada. Jom cuba!
Baca juga: Telur Kicap Korean Style (Korean Marinated Eggs), Ini Resipi Yang Boleh Dicuba
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Ambil periuk bersaiz besar yang boleh muat bahan bersama telur, kemudian susun semua bahan kecuali telur.
2. Bila semua sudah dimasukkan, barulah susun telur di atas bahan, kemudian isi air paras atas telur.
3. Pasang api yang paling kecil dan biarkan dalam masa 2 jam, kemudian baru tutup api.
4. Setelah itu biarkan telur, jangan dikeluarkan dulu supaya rempah ratus meresap ke dalam telur. Siap!
Manalah tahu ada yang belum pernah cuba makan Telur Pindang tapi teringin, bolehlah cuba resipi ini. Cepat dan mudah, tak payah tunggu lama-lama untuk menikmatinya.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Yah
Baca juga: Resipi Telur Pindang Johor, Selalu Jumpa Masa Pergi Kenduri Kahwin
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…