telur penyet

Orang Malaysia yang mempunyai peluang untuk bercuti ke Indonesia pasti pernah lihat Telur Penyet dalam menu di kedai makan yang ada di sana.

Biasanya kita dengar ada ayam penyet, tapi kali ini kami terjumpa resipi Telur Penyet yang sangat menarik dan lain dari yang lain.

Konsep memasak Telur Penyet sama seperti buat telur dadar biasa, tapi terdapat teknik yang anda boleh belajar dan ternyata lauk ini sangat mudah disediakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi!

RESIPI TELUR PENYET RANGUP

telur penyet

Bahan-bahan telur:

  • 2 biji telur goreng dadar
  • Tepung goreng serbaguna (kering)
  • Tepung goreng serbaguna (dicampur dengan air)

Bahan-bahan sambal:

Bahan-bahan lain:

  • Tempe goreng
  • Tauhu goreng
  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato

Cara-cara memasak telur:

1. Mula-mula, goreng telur dadar seperti biasa.

2. Selepas itu, potong telur dadar kepada 4 bahagian.

3. Kemudian, celup dalam tepung yang telah dicampur dengan air.

4. Seterusnya, gaul dengan tepung kering.

5. Akhir sekali, goreng dengan menggunakan kaedah deep fry sampai rangup. Siap untuk dihidang!

telur penyet

Cara-cara memasak sambal:

1. Mula-mula, goreng sekejap semua bahan sambal.

2. Selepas itu, tumbuk kasar dan perasakan. Siap untuk dihidang!

Tak lengkaplah hidangan Telur Penyet tanpa sambal di sisi, jadi kami selitkan sekali resipi sambal mudah untuk anda. Namun, anda juga boleh menggunakan sambal yang sedia ada.

Sudah sering makan telur dadar biasa saja, sekali-sekala cuba masak Telur Penyet sebagai hidangan lauk di rumah pun apa salahnya.

Apa yang membuatkan ramai terliur dengan hidangan lauk ini adalah kombinasi kerangupan telur bersama kesedapan sambal yang tiada tolok bandingnya.

Senang cerita, ia merupakan resipi lauk menggunakan telur yang sedap dan anda pasti takkan menyesal dengan hasilnya.

Selamat mencuba!

Sumber: snfkitchen_90

Baca juga: Telur Pindang Paling Cepat Dan Mudah, Rebus 2 Jam Dah Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN