telur dadar cha om

Pernah cuba masak Telur Dadar Cha Om atau Pucuk Petai ini? Memang sedap tau, lagi-lagi makan bersama dengan nasi panas-panas.

Kebiasaanya, pucuk petai atau lebih dikenali sebagai cha om atau seom ini orang jadikan ia ulam-ulaman dan bahan tumis. Namun, ia juga boleh dijadikan bahan dalam telur dadar.

Sesuai untuk orang yang tak kurang gemar makan petai kerana pucuk petai ini jika dimakan, tiada bau petai dekat mulut bila makan. Hanya ada bau saja pada pucuknya.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi 8 ‘Rahsia’ Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!

Lagipun, banyak khasiatnya bila makan pucuk petai ini. Antaranya ialah vitaman A, vitamin B, vitamin C, Kalsium dan iron.

Disamping itu juga, nutrisi yang terkandung di dalam cha-om seperti Beta sitosterol membantu merendahkan kadar kolesterol di dalam badan dan ia merupakan sayur yang mengandungi antioxidant. Secara tidak langsung si pengamal cha-om dapat menjamin kesihatan yang baik. 

Banyak khasiatnya, patutlah cha om ini banyak penggemarnya dari negara Thailand, Kemboja dan Laos. Cuma, di Malaysia sahaja kurang diperkenalkan.

Jom kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurul Hidayah Salleh menerusi laman Facebook. Beliau juga sangat mengemari pucuk petai ini bersama-sama keluarganya.


RESIPI TELUR DADAR CHA OM (PUCUK PETAI)

telur dadar cha om

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • Pucuk petai (cha om)
  • 2 biji bawang merah
  • 4-5 tangkai cili api

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, basuh bersih ke semua bahan. Hiris bawang merah dan cili api. 

2. Kemudian, potong kecil pucuk petai supaya mudah digaul.

3. Selepas itu, dalam satu bekas, masukkan ke semua bahan yang sudah dipotong dan masukkan telur. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau hingga sebati.

4. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak untuk mengoreng telur yang sudah dicampur. Goreng kira-kira 5 minit kemudian terbalikkan.

5. Dah siap masak, boleh terus angkat dan siap untuk dihidang bersama nasi.


Mudah dan ringkas saja kan? Menurut Cik Puan Nurul Hidayah Salleh juga, pucuk petai ini pun sesuai dibuat masak lemak cili api. Nanti jika ada sesiapa yang sudi berkongsi resipi masak lemak cha om, boleh PM tepi MyResipi okay?

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Baca juga: Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN