telur dadar nasi kandar

Siapa di sini yang suka masakan di kedai mamak? Ia cukup terkenal dengan Telur Dadar Ala Nasi Kandar. Luarnya sangat garing tapi dalamnya sangat lembut. Ramai yang suka!

Kalau anda sangat suka makan nasi campur, memang tak lengkaplah tanpa telur dadar sebagai hidangan sampingan. Paling puas kalau dapat makan telur dadar yang gebu teksturnya.

Resipi yang dikongsikan oleh Roslan Mamak Haji di Facebook ini nampak sangat menyelerakan. Anda wajib mencubanya di rumah!

Baca juga: Tips Telur Dadar Garing & Tak Serap Banyak Minyak, Kena Goreng Ikut Kaedah Ini

RESEPI TELUR DADAR ALA NASI KANDAR

telur dadar nasi kandar

Bahan-bahan:

  • 8 atau 10 biji telur (terpulang pada saiz kuali anda)
  • 2 biji bawang labus besar di potong dadu
  • 1 batang karot sederhana disagat halus
  • 2 tangkai cili merah dihiris halus
  • 1 pokok ketumbar dihiris halus. kalau tak suka baunya gunakan saja daun sup atau daun bawang
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih atau sula
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/8 serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar (kalau tidak gunakan daun ketumbar)
  • Secubit garam masala (kalau ada)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Adunkan semua bahan-bahan tadi dan gaul rata dan pukul telur untuk kembang sikit.

2. Panaskan minyak di dalam kuali (minyak jangan banyak sangat nanti jadi telur goreng seperti Mat Siam Tomyam) dan masukkan adunan telur. Kecilkan api dapur paras paling minima, tutup kuali dengan tudung kuali.

3. Bila bahagian atas telur agak-agak masak sedikit. Terbalikkan telur yang sedang masak itu dengan alaskan pingan makan. Masak lagi hingga telur masak bahagian atas. Siap!

telur dadar nasi kandar

Bukan mudah untuk telur itu masak di bahagian tengah yang paling tebal. Di kedai biasanya menggunakan kuali besar dan yang tebal cast-iron. Jadi, tiada masalah.

Tapi bagaimana pula dengan ibu-ibu yang menggunakan kuali nipis di rumah? Memang sukar tapi tidak mustahil untuk buat resipi ini menjadi.

Cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah telur dadar yang tak masak sempurna adalah dengan menggunakan oven untuk masak kembali telur ini dari kuali.

Letakkan telur dadar yang dikeluarkan dari kuali dalam baking tray dan bakar dalam oven dengan suhu pada 150ºC dan setkan masa lebih kurang 10-15 minit.

Pastikan telur dadar anda menjadi gebu dan cukup masak. Cara begini dapat mengelakkan telur dadar hangus dan rasa pahit. Selamat mencuba!

Sumber: Roslan Mamak Haji

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN