Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning.
Kalau di Malaysia, hidangan ini lebih popular dikenali sebagai Gulai Telur Minang Style. Makan dengan satu lauk ini bersama nasi sahaja pun memang laku!
Baca juga: Sambal Tumis Telur Pecah, Resipi ‘Lejen’ Untuk Selera Sahur
Bahan-bahan pun tak renyah nak buat. Sama macam bahan-bahan nak buat rendang cuma tiada kerisik.
Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nur Ateekah ini. Banyak resipi dari beliau yang sedap-sedap boleh dicuba. Jom tengok cara-cara penyediaannya.
RESIPI TELUR KUNING BUMBU PEDAS
Bahan-bahan:
- Telur 8 biji – direbus dan dibuang kulit
- Serai 1 batang – dikatok
- Cili padi hijau 10 batang
- Lengkuas 3 cm dihiris
- Tomato – dibelah
- 2 helai Daun limau purut – dihiris
- 1 helai Daun kunyit – dihiris
- Santan fresh 700ml
- Serbuk perasa
- Garam
- 1-1½ cawan minyak
- Bawang besar 1-2 biji*
- Bawang putih 4 ulas*
- Halia 3cm*
- Kunyit hidup 3cm*
- Cili hijau 3 batang*
- Cili padi hijau 10 batang*
- Cili kering 7-10 batang*
Nota:
• Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *
Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. (Pastikan minyak betul-betul panas) dan masukkan telur. Goreng sehingga 1-2 minit atau kulit telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
3. Masukkan santan (api perlahan) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering.
4. Kemudian, masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyit. Kemudian gaulkan sehingga kering dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan rata.
6 . Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika.
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Baca juga: Telur Masak Kicap, Juadah Sahur Yang Ringkas Guna BAHAN Ini