Categories: Resipi

Telur Bistik Ala Thai Resipi SIMPLE, Memang ‘Sebijik’ Rasa Macam Kedai Siam

Mari buat resipi Telur Bistik ala Thai cara mudah dan ringkas. Silap haribulan, boleh lawan tukang masak di kedai Siam. Hiks!

Telur Bistik ini juga dikenali sebagai “Kai Jeow” merupakan versi telur dengan sentuhan rasa dan gaya Thai.

Baca juga: Rahsia Telur Burung Puyuh Yang Ramai Tak Tahu, Banyak Manfaatnya

Kai Jeow biasanya lebih berperisa, pedas dan menggunakan bahan Thai tambahan. Berikut adalah beberapa cara memasak menerusi perkongsian dari Cik Puan Nurul Hawa ini. 


RESIPI TELUR BISTIK ALA THAI

Gambar hiasan

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih atau cair.

2. Kemudian, panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak, angkat dan letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.

3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.

4. Masukkan lobak merah atau  mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.

5. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.

6. Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.

Tada! Dah siap dan bolehlah di makan panas-panas bersama hidangan lain atau dengan nasi putih sahaja. Mesti rasa macam dekat hotel 5 bintang.


Di Thailand, Kai Jeow sering dihidangkan bersama nasi dan sos cili sebagai pelengkap. Sos cili Thai terkenal dengan rasa pedas dan masamnya, seperti Nam Prik Kapi atau Nam Prik Pao.

Jadi, jika anda ingin mencuba telur bistik gaya Thai, anda boleh mengikuti menambah rempah dan bahan Thai mengikut citarasa anda, termasuk sos ikan, sos ikan dan cili.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Hawa

Baca juga: Cara Masak Telur Mata Sambal Hijau, Pedas-Pedas Manja Tapi Sangat Nikmat!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago