Sedapnya bila tengok Air Neskopi Kaw ini. Jom kita cuba teknik bancuh air neskopi menggunakan resipi Cik Puan Khatijah Mamat ini.
Bila ikut resipi dan sukatan yang betul, memang betul-betul sedap dan kaw air yang hendak dibuat. Nak ambil hati abah-abah, kenalah pandai membancuh air kegemaran mereka. Baru lagi sayang!
Baca juga: Cara Bancuh Teh Ais Kaw Paling Sedap, Memang ‘Repeat’ Nak Buat Sendiri Lepas Ini
Cara membuat neskopi kaw ini sebenarnya tak susah, semua orang pun boleh buat. Cuma cara buat paling sedap ini kena eksperimen banyak kali sebelum nak dapatkan sukatan yang betul dan padu macam. Jika sukatan lari, tahap pekat dan kaw neskopi juga boleh ‘lari’.
Tips cara buat nescafe ais paling sedap terletak pada sukatan bancuhan yang betul, paling penting air kena betul-betul panas dan jangan banyak.
Rahsianya, lepas masuk air panas jangan ditambah lagi air biasa. Jika ditambah juga, neskopi dah tak jadi kaw dan pekat. Walaupun air panas itu nampak sedikit, bila ditambah ais kiub atau air batu, ais inilah yang akan mencair dan memperbanyakkan sukatan air neskopi nanti.
Air neskopi kaw. Mocha tealive memang sedap tapi harga tak tahan. Beli 1 kongsi 2, boleh sedut dua teguk saja seorang. Meh buat sendiri. Ada rasa tealive sikit-sikit pun jadilah.
Bahan-bahan:
Cara-cara membancuh:
1. Campur 3 bahan atas, tambah air lagi banyak mana nak buat, masuk susu pekat, masuk garam secubit kemudian blend.
2. Campur ais, minum. Sedap berlemak air neskopi kaw ini.
Selamat mencuba resipi bancuhan air neskopi kaw ini.
Sumber: Facebook Khatijah Mamat
Baca juga: Ais Batu Guna Air Masak Atau Air Paip? Ini CARA Nak Bezakan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…