Resepi kerabu ikan bilis perkongsian oleh Syazwani Azmira Adin ini cukup mudah dan ringkas untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang singkat.
Bagi anda yang tiada idea untuk masak menu apa menggunakan ikan bilis, bolehlah cuba lauk ini. Lauk ini juga sangat sedap dimakan dengan nasi panas, confirm makan bertambah!
Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Cuci ikan bilis dan tapis sehingga betul-betul kering. Kemudian goreng sedikit atau sangai sekejap saja di dalam kuali tanpa letak minyak.
2. Kemudian renjiskan cuka dan gaul sehingga sebati. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas. Bila dah garing, angkat dan toskan.
3. Seterusnya, hiris halus bawang besar, cili padi, bunga kantan dan serai. Kemudian satukan di dalam satu pinggan.
4. Tambahkan gula, jus limau, serbuk pati ayam (sedikit saja sebab ikan bilis dan masin) beserta ikan bilis yang sudah digoreng tadi.
5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Syazwani Azmira Adin
Baca juga: Sambal Ketuk Ikan Bilis Yang Sedap, Pedas Dia Memang Tak Boleh Bawa Bincang
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…