teh tarik instant

Teh tarik. Siapa je yang tak sukakan? Baru-baru ini. tular satu video di laman TikTok apabila seorang Mat Salleh tak boleh ‘move on’ dengan teh tarik instant sehingga sangup bawa balik ke negaranya, Amerika.

Umum mengetahui makanan dan minuman di Malaysia menjadi daya tarikan para pelancong luar negara selain dari keunikan budaya dan pelbagai kaum di sini.

Baca juga: Mat Salleh Ini Cuba Menu Rahmah, Minta Perdana Menteri UK ‘Follow’ Malaysia 
Baca juga; Lelaki Ini Kongsi ‘1 Bahan’ Rahsia Buat Teh Tarik Berlemak Padu 

Bukan itu sahaja, pelancong luar juga ada yang sukar untuk melupakan keenakan makanan di Malaysia sehinggakan sanggup mencari resipi atau berharap ada menu tempatan yang dijual di negara mereka.

Begitu juga dengan mat salleh ini, menerusi perkongsian videonya, beliau ada membawa pulang beberapa pek minuman teh tarik instant dari Malaysia ke negaranya.

Video Penuh:

Paparan video tersebut menunjukkan beliau sedang membancuh serbuk teh menggunakan air panas sambil mengambarkan sebagai air ‘magic’ sebelum menikmatinya di tepi tingkap.

“Saya tak pasti ini adalah teh tarik atau tidak. Saya tak begitu tahu, tapi rasanya sangat sedap,” ujarnya dalam video tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau terpaksa menahan godaan daripada minum berulang kali kerana risau ketagih dan bimbang jika stok paket yang dibawanya cepat habis.

Tinjauan di ruangan komen pula, keterujaan mat salleh ini yang sukakan teh tarik instant telah menarik perhatian rakyat Malaysia. Secara tak langsung mengingatkan netizen kepada Cameron Highlands.

Antara reaksi mereka:

teh tarik instant


Tapi memang sedap pun apa-apa yang instant, penulis pun kalau travel wajib bawa beberapa paket supaya tak kempunan. Hiks!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN