Semalam, tular satu rakaman berdurasi 1 minit 44 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, ezzuchang memaparkan keadaan sebuah kedai makan yang dikatakan tidak menjaga kebersihan makanan yang dijual.
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu berkongsikan pengalamanna semasa membeli makanan di kedai tersebut.
Difahamkan, dia telah menegur pekerja itu kerana ingin memberitahu terdapat beberapa ekor lalat pada makanan yang dijual.
Namun selepas teguran diberikan, pekerja itu telah memberikan respon yang agak biadap malah turut menghempaskan mangkuk di hadapannya.
Tindakan pekerja itu seolah-olah tidak mahu menerima teguran sekaligus menimbulkan kemarahan lelaki itu yang hanya mahu menegur.
Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah medan selera yang terletak di dalam pusat membeli belah di Nilai.
@ezzuchang Staff KURANG AJAR yang pernah aku jumpa 😡#ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktokguru #chinesefood #streetfood
Lelaki itu juga turut berkongsikan gambar makanan yang sempat dirakam olehnya. Kelihatan beberapa ekor lalat yang hinggap pada bebola yang dijual.
Dalam masa yang sama, dia turut meminta majikan kedai itu menegur sikap biadap pekerjanya ketika berurusan dengan pelanggan.
Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta lelaki itu untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Isu kebersihan bukan perkara main-main kerana ia boleh membahayakan kesihatan pelanggan yang makan disitu.
Sumber: TikTok @ezzuchang
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…