Categories: Resipi

Cara Buat Mee Kari Padu, Bertambah Kuah Dibuatnya, Sedap Sangat!

Ada yang terasa nak makan mee kari tak? Ha! Apa kata korang tengok resepi lengkap masak mee kari padu kat sini.

Memang korang puas hati dengan hasil dan rasanya. Sedap sangat! Lauk penuh dengan seafood. Kuah karinya pun pekat. Boleh licin mangkuk dibuatnya!

Mee kari ni orang tak buat hari-hari. Biasanya akan dijadikan menu untuk open house atau jamuan. Kalau nak buat mee kari ni hujung minggu sesuai lah.

Baca juga: Resipi Mee Kuah Udang Pikat Hati Mentua, Simple Tapi Lazat & Menyelerakan

Sebab bahan nak masak mee kari yang sedap macam ni boleh tahan banyak juga. Kalau guna bahan yang banyak, mesti renyah sikit kerja nak masak nanti.

Kat tempat saya memang takde jual mee kari yang padu macam ni. Semua kuah cair je. Susah nak jumpa mee kari kuah padu. So, cara paling mudah kena buat sendiri.

Rasa sakit hati beli mee kari yang tak ngam dengan tekak. Boleh spoil mood nak makan nanti.

Resepi mee kari padu ni telah di kongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin. Tengok gambar pun dah kecur liur dibuatnya!


Resipi Mee Kari

Bahan-bahan Tumis:

  • 5 biji bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis dan putih
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili kering kisar
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil pes asam jawa

Bahan Rempah:

  • 3 sudu besar serbuk kari ikan & udang
  • 3 sudu besar kari ikan pedas
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 sudu besar serbuk kurma

Bahan hiasan:

  • Telur rebus
  • Daun Sup
  • Cili api
  • Taugeh celur
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Sayur park choy celur

Bahan lain:

  • Mee 4 bungkus. Sukatan ini sesuai utnuk 15 orang makan.
  • Pati bilis dan pati ayam – optional
  • 6 biji ubi kentang saiz sebesar tapak tangan – direbus
  • 2500ml + 2500ml air
  • Garam
  • 1 kotak santan

Cara penyediaan:

1. Masukkan serai dan kacau hingga naik bau.

2. Bila bahan tumis sedikit garing, masukkan rempah. Jika tak nak masuk santan, lebihkan rempah.

3. Perlahankan api, gaul sebati hingga rempah naik bau dan garing.

4. Masukkan pati bilis dan pati ayam. Jika tak nak guna pati bilis boleh kisar bilis dengan bawang dan pati ayam gantikan dengan stok air rebusan ayam sedikit. Tak perlu banyak. Hanya sebagai penambah rasa.

5. Masukkan air sedikit dan biarkan rempah masak lama untuk lebih ummphh.

6. Sementara tu, kisar 6 biji ubi kentang saiz sebesar tapak tangan yang dah direbus. Jika suka pekat tanpa santan, boleh lebihkan ubi kentang.

7. Rempah dah pecah minyak boleh masukkan kentang kisar tadi.

8. Tambah 2500ml air lebih kurang, masuk garam. Biar mendidih. Tambah lagi air lebih kurang 2500ml.

9. Tak perlu tunggu menggelegak, boleh masuk terus fishball, fishcake dan tauhu goreng yang dah siap potong.

10. Masukkan santan 1 kotak, supaya rasa balance berlemak. Tak nak boleh abaikan. 1 kotak dah cukup. Suka lagi lemak tambah lagi satu kotak. 1 kotak lebih kurang 1 cawan santan pekat

11. Bila dah mendidih, menggelegak lama. Ulang sekali lagi. Bila mendidih, menggelegak lama. Baru masukkan bahan seafood. Bila masuk time menggelegak dah lama, cepat masak bahan seafood. Sotong bila tak overcook, isinya besar dan tak mengecut.

12. Udang pulak bila masak just nice, tak overcook bentuknya C bukan O. Ok, udang ni pastikan bersih dibuang najis kat atas belakang tu ya.

13. Masukkan pula kerang. Godak godak sikit, rasa dulu.

14. Dah cukup masin, masam, pedas dan lemak semua tu, tak perlu lama lama dah boleh tutup api.

Siap untuk dihidang dan selamat mencuba.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Bihun Goreng Cili Kering Tanpa Sos, Warna Tetap Cantik & Rasa Menyelerakan!

Kalau suka bihun goreng yang pedas dan cukup rasa, boleh cuba bihun goreng cili kering…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kunafa, Setiap Gigitan Ada Tekstur Lembut, Rangup & Topping ‘Leleh’

Ramai yang mungkin dah biasa buat kek coklat moist di rumah. Kali ini, apa kata…

2 days ago

Resipi Sambal Kentang Rangup, Goreng Ubi Guna Cara INI Baru Tak Melekat & Lembik!

Kalau suka lauk kering yang pedas dan ada rasa manis-manis, sambal kentang rangup ini memang…

2 days ago

Resipi Pak Choy Siram Sos Tiram, Ini Petua Supaya Kekal Rangup, Hijau Cantik & Tak Pahit

Kalau mencari resepi pak choy sos tiram yang mudah, cepat dan sedap, boleh cuba cara…

2 days ago

Resipi Bingka Pandan Bijan Guna Formula ‘1232’, Petua Mudah Nak Ingat Sukatan!

Cara buat bingka pandan bijan ini cukup mudah kerana hanya perlu ingat satu formula iaitu…

2 days ago

Rahsia Kuali & Periuk ‘Cast Iron’ Tahan Puluhan Tahun: Panduan Penjagaan Lengkap

Memiliki alatan masakan daripada cast iron (besi tuang) merupakan salah satu pelaburan terbaik di dapur.…

3 days ago