Categories: Informasi

Tak Sangka Dengan ‘Platform’ Ini, Produk Anda Bakal Makin Dikenali & Keuntungan Meningkat

Pernahkah anda terfikir macam mana cara supaya produk anda dikenali oleh berjuta-juta orang? Pastinya kos menjadi faktor utama yang perlu difikirkan sebelum menggunakan bajet yang diperuntukkan untuk pemasaran.

Lagi-lagi buat pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), salah satu langkah yang mencabar dalam meningkatkan pemasaran adalah kos tinggi dalam mempromosikan perniagaan itu.

Namun dengan bantuan Rev Ad Manager (RAM), pemilik perniagaan tidak perlu lagi memikirkan cara untuk melakukan pemasaran dengan kos yang rendah.

Dengan bantuan Rev Ad Manager (RAM), tak perlu pening kepala lagi

RAM adalah platform layan diri dengan kerjasama REV Media Group yang bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memanfaatkan rangkaian pengedarannya yang meluas sebagai penerbit digital terkemuka Malaysia.

Usahasama antara REV Media Group dan Dattel Asia Group ini akan memberikan akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Buka lebih banyak peluang

Sudah banyak PKS yang mencuba RAM, antaranya CROWDFACTOR X iaitu sebuah rancangan realiti crowdfunding dalam talian pertama di dunia dan ingin mendorong trafik ke laman web mereka untuk siaran langsung rancangan itu.

Serendah RM1,000 minimum bagi satu kempen, CROWDFACTOR X hanya membelanjakan RM4,000 untuk mencapai objektif kempen mereka dan telah menyaksikan banyak peluang tercipta daripada kejayaan rancangan ini.

Pengarah dan Hos CROWDFACTOR X, Ernie Chen, berkata pihaknya berjaya menjana sejumlah 54,000 penonton untuk kandungan CROWDFACTOR X setelah menjalankan iklan dengan RAM.

“Kita juga berjaya menarik lebih ramai penaja untuk menaja siri akan datang dan merancang untuk projek pemasaran yang seterusnya”, katanya.

Kadar klik (CTR) CROWDFACTOR X telah meningkat dari 0.30 peratus kepada 0.18 peratus, dan telah melonjak dari 3.08 peratus kepada 5.1 peratus untuk Mobile Sticky Bottom CTR, di mana kedua-duanya telah melebihi tanda aras yang ditetapkan.

Meningkatkan lagi jualan

Jenama pakaian kanak-kanak, Umbi Kids turut berjaya meningkatkan jualannya dengan RAM.

Memfokuskan kempen tunggal untuk jenis iklan prestasi (mobile sticky bottom), Umbi Kids telah menunjukkan peningkatan sehingga 3.53 peratus dalam CTR melebihi paras yang ditetapkan.

Bermodalkan RM2,000 sahaja, Umbi Kids berjaya meningkatkan jualan menjelang Hari Raya.

Pengarah Pemasaran Umbi Kids, Heng Yeow Tang, berkata RAM telah membuka peluang kepada PKS sepertinya dalam mencapai lebih ramai audien.

“Mereka fleksibel dalam menyesuaikan kempen pemasaran mengikut bajet pemasaran anda, di mana ia sangat membantu!”, katanya.

RAM membantu PKS mencapai ramai audiens

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran. Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda menggunakan RAM:

  1. Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.
  2. Tidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT.
  3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Langkah mudah untuk perkenal jenama anda tanpa habiskan bajet

Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.

  1. Cipta kempen
  2. Cipta audiens
  3. Cipta reka bentuk
  4. Bayar dan terbitkan iklan
  5. Laporan prestasi

Kini, orang ramai boleh memanfaatkan jenama terkemuka dari penerbit digital terkemuka Malaysia dengan rangkaian pengedaran yang mencapai lebih 15 juta orang setiap bulan, iaitu kira-kira  80 peratus populasi rakyat Malaysia.

PKS yang ingin menjalankan kempen pemasaran  berkesan, menyasarkan laman sesawang premium Malaysia dan menyokong ekosistem tempatan boleh layari laman sesawang REV Ad Manager.

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

8 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

8 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

9 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

11 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

12 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

12 hours ago