PKS yang ingin menjalankan kempen pemasaran berkesan, menyasarkan laman sesawang premium Malaysia dan menyokong ekosistem tempatan boleh layari laman sesawang REV Ad Manager.
Lagi-lagi buat pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), salah satu langkah yang mencabar dalam meningkatkan pemasaran adalah kos tinggi dalam mempromosikan perniagaan itu.
Namun dengan bantuan Rev Ad Manager (RAM), pemilik perniagaan tidak perlu lagi memikirkan cara untuk melakukan pemasaran dengan kos yang rendah.
RAM adalah platform layan diri dengan kerjasama REV Media Group yang bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memanfaatkan rangkaian pengedarannya yang meluas sebagai penerbit digital terkemuka Malaysia.
Usahasama antara REV Media Group dan Dattel Asia Group ini akan memberikan akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.
Sudah banyak PKS yang mencuba RAM, antaranya CROWDFACTOR X iaitu sebuah rancangan realiti crowdfunding dalam talian pertama di dunia dan ingin mendorong trafik ke laman web mereka untuk siaran langsung rancangan itu.
Serendah RM1,000 minimum bagi satu kempen, CROWDFACTOR X hanya membelanjakan RM4,000 untuk mencapai objektif kempen mereka dan telah menyaksikan banyak peluang tercipta daripada kejayaan rancangan ini.
Pengarah dan Hos CROWDFACTOR X, Ernie Chen, berkata pihaknya berjaya menjana sejumlah 54,000 penonton untuk kandungan CROWDFACTOR X setelah menjalankan iklan dengan RAM.
“Kita juga berjaya menarik lebih ramai penaja untuk menaja siri akan datang dan merancang untuk projek pemasaran yang seterusnya”, katanya.
Kadar klik (CTR) CROWDFACTOR X telah meningkat dari 0.30 peratus kepada 0.18 peratus, dan telah melonjak dari 3.08 peratus kepada 5.1 peratus untuk Mobile Sticky Bottom CTR, di mana kedua-duanya telah melebihi tanda aras yang ditetapkan.
Jenama pakaian kanak-kanak, Umbi Kids turut berjaya meningkatkan jualannya dengan RAM.
Memfokuskan kempen tunggal untuk jenis iklan prestasi (mobile sticky bottom), Umbi Kids telah menunjukkan peningkatan sehingga 3.53 peratus dalam CTR melebihi paras yang ditetapkan.
Bermodalkan RM2,000 sahaja, Umbi Kids berjaya meningkatkan jualan menjelang Hari Raya.
Pengarah Pemasaran Umbi Kids, Heng Yeow Tang, berkata RAM telah membuka peluang kepada PKS sepertinya dalam mencapai lebih ramai audien.
“Mereka fleksibel dalam menyesuaikan kempen pemasaran mengikut bajet pemasaran anda, di mana ia sangat membantu!”, katanya.
RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran. Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda menggunakan RAM:
Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.
Kini, orang ramai boleh memanfaatkan jenama terkemuka dari penerbit digital terkemuka Malaysia dengan rangkaian pengedaran yang mencapai lebih 15 juta orang setiap bulan, iaitu kira-kira 80 peratus populasi rakyat Malaysia.
PKS yang ingin menjalankan kempen pemasaran berkesan, menyasarkan laman sesawang premium Malaysia dan menyokong ekosistem tempatan boleh layari laman sesawang REV Ad Manager.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…