PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-28 07:50:26

Biasanya bila berkunjung ke Kedah, pasti para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merasa Gulai Ikan yang sememangnya menjadi pilihan orang ramai. Bagi yang belum berkesempatan untuk ‘food hunting’ di sana, korang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar ini. Memang sedap! Rasa gulainya memang pekat dan likat walaupun tak memerlukan santan dalam masakan. Jom cuba!


Kredit: Zana Mokhtar
 

Bahan-bahan:

  • Ikan (jenis ikan mengikut citarasa masing-masing)
  • Sepeket rempah kari ikan
  • Sesudu serbuk kari daging
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halis seinci (dihiris)
  • Daun kari
  • Halba
  • Dua sudu sos tiram (di bancuh dengan air)
  • Air asam jawa
  • Garam

 

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, bancuhkan rempah kari dengan bawang merah sudah dikisar tadi.


    Kredit: Zana Mokhtar
     

  2. Kemudian, panaskan minyak lalu tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang dihiriskan tadi tu bersama daun kari sehingga naik bau.


    Kredit: Zana Mokhtar
     

  3. Selepas itu, masukkan rempah yang sudah dibancuh tadi dan teruskan menumis sehingga naik bau dan garing.
     
  4. Kemudian, masukkan bancuhan sos tiram tadi bersama air asam jawa sehingga menjadi likat pekat lalu masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.


    Kredit: Zana Mokhtar
     

  5. Selepas itu, masukkan sedikit garam, bendi, tomato dan ikan.


    Kredit: Zana Mokhtar


    Kredit: Zana Mokhtar

     

  6. Biarkan seketika dan agak-agak nampak masak boleh lah ditutup.
     
  7. Masak nasi seperti biasa dan kemudian siap hidangkan bersama lauk untuk dijamu selera.
     


Kredit: Zana Mokhtar
 

Siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN