sup tulang

Sedap betul kalau dapat hirup dan ratah sup tulang. Setiap kali musim raya atau kenduri, wajib ada menu ini untuk dinikmati seisi keluarga.

Perkongsian resipi dari Fazniza Razali ini cukup sedap. Rupanya dengan hanya mengisarkan dua bahan ini iaitu saderi dan batang carrot sup tulang jadi lagi padu.

Baca juga: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama

Jom kita cuba~


RESIPI SUP TULANG PADU

Bahan-bahan 1:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • Halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar.
    **bahan ni dikisar sampai halus.

Bahan 2:

  • 3 batang sadari
  • 1 batang karot
    **ni pun dikisar sampai hancur

Bahan 3:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup
  • 2kg tulang
  • 5 biji kentang(dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar(dibelah 4)
  • Air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

2. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

3. Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.

4. Dekat 1 1/2 jam jugak. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.

5. Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.

6. Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Siap untuk dihidang.

Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN