Buat anda yang sedang mengamalkan diet sihat, anda pasti mencari resipi menu yang ringkas tapi sedap. Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan adalah antara menu yang disukai ramai.
Apabila mencari menu untuk diet sihat, kena cari yang mengenyangkan juga. Anda boleh cari menu yang berasaskan telur dan cendawan. Boleh kenyang sampai petang!
Sebenarnya apa yang paling penting dalam menu diet ialah hidangan tersebut mengandungi rendah karbohidrat, tinggi protein dan serat.
Telur adalah antara jenis protein yang boleh anda ambil ketika mengamalkan diet sihat. Cendawan pula antara makanan rendah kalori yang mempunyai kandungan air dan serat tinggi.
Oleh sebab itulah telur dan cendawan sentiasa digunakan dalam menu diet kerana kaya dengan nutrisi untuk kesihatan tubuh.
Jika anda nak mula mengamalkan diet sihat pada hari ini, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di Facebook.
Baca juga: Resipi Sup Telur Puyuh Goreng, Pertama Kali Cuba Pasti Jatuh Cinta!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Didihkan air bersama bawang putih, halia dan kiub pati ayam ke dalam periuk.
2. Masukkan jejari ketam dan biarkan seketika sehingga mendidih.
3. Masukkan cendawan shiitake. Kacau dalam beberapa minit.
4. Tambahkan air bancuhan tepung jagung.
5. Kacau secara memusing dan tuangkan telur yang dah dipukul.
6. Perasakan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api. Sedia dihidangkan bersama sedikit kicap cair dan minyak bijan.
Kalau suka pedas, bolehlah makan bersama cili potong. Nak hias dengan daun bawang pun boleh. Barulah hidangannya nampak menarik nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook CikPuan SitiMasitah
Baca juga: Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur
Nak pikat selera keluarga untuk menyukai hidangan air tangan sendiri bukanlah mudah, tapi tak mustahil…
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…