Acar Darat Johor yang sangat dikenali di negeri Johor ini sangat simple resipinya namun boleh menaikkan selera. Rasa asam, manis acar, rangup timun ditambah pula bau udang kering menjadikan acar ini kombinasi tepat bersama Nasi Beriani atau Nasi Minyak.
Jom layan resipi asli dari Che Mat Gebu yang dikongsikan oleh Puan Kamariah Hashim menerusi laman sesawang Facebook miliknya.
Baca juga: Menu ‘Favourite’ Agong & Raja Permaisuri, Tukang Masak Istana Dedah Rahsia
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Timun diadun bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian, ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bersama bawang merah, bawang putih, udang kering, dan halia. Tumis sehingga harum dan semua bahan layu.
3. Masukkan cuka, garam, dan gula secukup rasa ke dalam kuali. Biarkan mendidih.
4. Tambah lobak merah dan masak sehingga pekat dan lobak sedikit lembut.
5. Toskan timun yang telah diadun tadi, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.
6. Tambah cili merah dan biji sawi. Masak sebentar sahaja dan rasa. Jika rasa sudah cukup, bolehlah mematikan api.
7. Hidangkan Acar Darat Johor dengan hidangan utama atau makanan lain mengikut selera anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Kamariah Hashim
Baca juga: Cara Masak NASI GAUL Orang Banjar Yang Makin Pupus, Sedap Rupanya!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…