cara rebus tulang

Kalau sebut cara rebus tulang, ramai sebenarnya masih cari teknik paling mudah untuk dapatkan stok sup yang pekat, sedap dan boleh guna berulang kali. Terutama bila musim perayaan atau kenduri, bahan seperti tulang, ekor dan daging memang selalu ada lebih.

Daripada biarkan begitu saja, cara paling bijak adalah sediakan stok rebusan asas yang boleh dijadikan pelbagai jenis sup bila-bila masa.

Baca juga: Tips Daging Cepat Empuk Guna Teknik 5:30:7, Ramai Dah Cuba Memang Menjadi!

CARA REBUS TULANG, EKOR DAN DAGING

cara rebus tulang

Bahan Utama:

  • Tulang lembu
  • Ekor lembu
  • Daging lembu

Bahan untuk Kuah Lebih Padu:

  • Sup bunjut / sup tulang (± 4 paket untuk periuk besar)
  • Serai (dititik)
  • Akar ketumbar
  • Lengkuas (dititik)
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang Holland
  • Bawang putih (banyak, ini kunci utama)
  • Air secukupnya

Bawang putih dikisar dengan air untuk hasilkan kuah lebih wangi, manis dan beraroma.

Cara Rebus Tulang Dan Stok Sup:

1. Rebus bahan utama dulu

Masukkan air ke dalam periuk besar, kemudian masukkan tulang, ekor dan daging. Biarkan mendidih hingga keluar rasa manis semula jadi dari tulang.

2. Masukkan bahan aromatik

Tambahkan sup bunjut, serai, akar ketumbar, lengkuas, halia serta bawang merah dan bawang Holland. Ketuk sedikit bahan supaya aroma lebih kuat dalam kuah.

3. Masukkan bawang putih kisar

Tuang bawang putih yang telah dikisar bersama air ke dalam periuk.

Ini antara rahsia utama stok jadi lebih “kick”, wangi dan sedap.

4. Rebus hingga empuk

Biarkan semuanya mendidih perlahan sekitar 30 minit hingga 1 jam. Daging akan mula empuk, manakala ekor biasanya ambil masa lebih lama.

5. Akhir sekali tambah bawang putih goreng

Taburkan bawang putih goreng bersama kulitnya ke dalam sup untuk menaikkan aroma dan rasa.

Cara Guna Stok Ini

Bila nak masak:

  • Cedok 1–2 senduk stok
  • Tambah garam, cili, tomato atau bahan sup ikut citarasa

Stok ini sesuai dijadikan asas untuk pelbagai jenis sup tanpa perlu mula dari kosong.

Cara Simpan

  • Peti sejuk: tahan lebih kurang 1 minggu
  • Perlu dipanaskan semula sebelum digunakan
  • Boleh disimpan sebagai stok masakan harian

Cara rebus tulang yang betul bukan sahaja menghasilkan sup yang sedap, tetapi juga memudahkan kerja memasak harian. Dengan teknik ini, satu periuk boleh jadi stok asas untuk pelbagai hidangan berkuah sepanjang minggu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Rizal Tomyam

Baca juga: Cara Nak Pekatkan Kuah Paling Mudah Guna Beras, Confirm Kuah Kari & Sup Lagi Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN