Categories: Resipi

Sup Dumpling + Mee Wantan Kicap, Sedap Lembut ‘Berenang’ Dalam Mulut!

Pernah tak anda cuba resipi Sup Dumpling bersama Mee Wantan Chinese style yang merupakan salah satu makanan cina yang popular? Tapi di Malaysia, ia telah diolah dengan pelbagai versi.

Cara penyediaan juga agak mudah dan rasa pun sedap. Bayangkan dumpling lembut berenang-renang dalam mulut. Nikmatnya boleh makan sepuas hati!

Baca juga: Mee Kuning Buat Sendiri, Lagi Kenyal Dan Jimat Guna 5 BAHAN Ini

Tanpa berlengah lagi, berikut adalah cara Cik Puan Aisyah Humaira untuk dapatkan rasa mee wantan yang bersih, licin dan lembut.


RESIPI SUP DUMPLING + MEE WANTAN KICAP

Bahan inti dumpling:

  • 1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
  • 10 ekor isi udang –  kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat
  • Dumpling pastry (segera) secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah disagat halus
  • 2 tangkai Daun bawang dihiris
  • 1 sudu kecil Serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil Minyak bijan
  • Serbuk maggi cukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat inti:

1. Campurkan semua bahan diatas kecuali ‘Dumpling pastry’ dan kacau sebati.

2. Sudukan inti di tengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.

Bahan sup dumpling:

  • Bebola ikan
  • Tauhu telur lembut
  • 4 Ulas Bawang putih tak perlu hiris
  • 3 keping hirisan Halia
  • 1 biji bawang besar – potong 4
  • 1/2 batang hirisan lobak putih – hiris bulat
  • 1 Kiub pati ayam
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • Garam & gula jika perlu
  • Air secukupnya

Cara buat sup dumpling:

1. Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

2. Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.

3. Masukkan dumpling yang dah siap dibuat awal tadi di ikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan. Kemudian tabur daun bawang. Dumpling timbul ke atas maknanya dah masak.

Cara buat mee wantan kicap:

1. Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dengan sedikit minyak.

2. Kacau-kacau dan toskan. Bilas dengan air biasa ulang proses ni tiga kali untuk dapat hasil mee yang licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)

3. Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan:

  • kicap lemak manis
  • Beberapa titik minyak bijan
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit kuh sup dumpling

Masak sekejap semua bahan ini dan gaul bersama mee wantan siap.


Selamat mencuba.

Baca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

6 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

6 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

7 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

7 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

7 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago