Categories: Infomasi

Cara Buat Sup Cendawan, ‘Comfort Food’ Masa Hujan-hujan Layan Betul!

Musim hujan ni memang layan betul kalau dapat hirup sup cendawan atau mushroom soup.

Kalau nak cerita tentang makanan ni memang tak pernah habis, sebab sebahagian kebahagiaan manusia ini kebiasaannya hanya dengan makanan.

Apatah lagi kalau musim ramai sangat sakit, bertambah hujan pula, dapat ‘comfort food’ ni. Memang begitu ‘syahdu’! Dari tak ada selera makan, makanan ini dapat mengembalikan selera anda semula.

Artikel berkaitan: Resipi DIY Stok Rempah Sup, Jimat Masa, Mudah & Tahan Lama

Ramai yang merasakan Masakan ini susah untuk dibuat, Namun saya menemui resepi yang amat mudah, bahannya senang untuk didapati.

Menerusi perkongsian dari penggguna TikTok @littlestaraz yang merakamkan video dalam membuat Mashroom Soup dan Garlic Bread yang cukup menyelerakan.


Resipi Sup Cendawan

Bahan-bahan sup cendawan:

  • 1 tin cendawan butang – cincang kasar
  • 300ml air
  • 500ml susu cair
  • 1 kiub pati ayam
  • 1sdk serbuk lada hitam
  • 1sdk serbuk parsley
  • 1sdk butter
  • 1sdk garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Keju cheddar – optional

Bahan garlic bread:

  • Roti buku atau roti perancis
  • 5 ulas bawang putih
  • Suku buku butter
  • Daun parsley
  • Sedikit oregano kering

Cara buat sup cendawan:

1. Cendawan butang 1 tin (dicincang kasar).

2. Tuangkan air ke dalam kuali.

3. Campurkan juga susu cair dan buka api. Selepas bahan tadi mendidih, masukkan sebiji kiub ayam. Gaulkan sehingga rata.
Masukkan cendawan yang telah dicincang tadi dan gaul.

4.Tambahkan serbuk lada hitam. Masukkan serbuk parsley dan butter . Gaul sehingga sebati.

5. Tambahkan garam.

6. Sediakan 1 mangkuk kosong untuk buat ajen pemekat sup.

7. Masukkan 1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan air).

8. Kemudian Tuangkan bahan tepung + air tadi kedalam sup tadi.

9. Masukkan chedar cheese untuk bagi rasa creamy lemak-lemak (optional).

10. Gaulkan sehingga bahan sebati dan siap.


Cara buat garlic bread:

1. 5 ulas bawang putih (dicincang halus).

2. Campurkan dalam suku butter.

3. Tambahkan daun parsley dan oregano kering (kalau ada yang fresh lagi sedap, lagi naik bau).

4. Gaulkan bahan tadi sehingga sebati dan boleh sapukan keatas roti.

5. Kemudian boleh bakar di atas kuali sehingga warna kuning keemasan. Itu yang akan menentukan kerangupan garlic bread kita nanti.

Selamat mencuba!


Video Penuh:

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

5 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

5 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

6 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

6 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

6 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago