Categories: Tips & Petua

Ini 9 Bahagian Lembu Yang Korang Perlu Tahu Dan Cara Memasak

Korang mesti tak dapat kenal pasti bahagian lembu apa yang diterima dan masakan apa yang sesuai dengan bahagian tersebut.

Min nak kongsikan dengan anda nama-nama bahagian lembu dalam bahasa Melayu yang selalunya disebut dalam Bahasa Inggeris.

Jom ketahui 9 potongan daging ini:


1. Chuck – Bahu

Chuck, daging dari bahagian bahu lembu mempunyai tekstur yang lembuttetapi tidak selembut daging batang pinang kerana mempunyai jumlah tisu penghubung (connective tissues) yang tinggi. Namun begitu, bahagian bahu ini mempunyai rasa daging yang mantap.

Artikel Berkaitan: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!

Potongan daging ini sesuai sekali jika dimasak mengguna method ‘low-and-slow‘ yang menggunakan suhu api yang rendah pada jangka masa yang lama. Antara masakan yang sesuai ialah stew, kari dan gulai.


2. Rib – Tulang Rusuk

Rib, iaitu tulang rusuk terletak pada separuh bahagian atas lembu. Ia merupakan daging premium yang paling disukai ramai kerana tidak memerlukan masa memasak yang lama untuk mendapatkan hasil daging yang lembut. Selain itu, rasa daging ini juga menjadi lebih menyerlah apabila diperap dengan rempah ratus.

Di potongan daging ini, terdapat potongan stik seperti rib eye (mata rusuk), short ribs (rusuk pendek) dan prime ribs. Bahagian daging ini memang sangat sesuai apabila dimasak sup tulang ataupun sup daging kerana tulang daging mempunyai banyak rasa daging.


3. Short Loin – Loin Pendek

Short loin, dikenali sebagai loin pendek merujuk kepada bahagian belakang lembu yang ditengah. Bahagian ini merupakan potongan yang paling lembut kerana ia mempunyai jumlah otot yang paling tinggi tetapi tidak mendapat banyak pergerakan.

Di bahagian inilah terdapatnya beberapa potongan stik yang premium seperti stik Porterhouse, stik T-bone dan stik New York Strip. Bahagian ini memang sesuai dipanggang di atas api yang kuat pada jangka masa yang singkat untuk mendapatkan isi yang sangat juicy.


4. Tenderloin – Daging Batang Pinang


Daging batang pinang ataupun tenderloin merupakan sebahagian kecil daripada potongan loin pendek. Bahagian daging batang pinang ini memang popular sekali kerana teksturnya yang sangat lembut. Antara potongan stik yang terdapat pada bahagian ini ialah filet mignon dan chateaubriand.

Bahagian ini bersesuaian dengan pelbagai cara memasak tetapi dalam masakan Melayu, daging batang ini selalunya digunakan dalam rendang, gulai, kari dan juga untuk daging salai.


5. Sirloin – Daging Batang Pinang


Walaupun daging sirloin dan tenderloin mempunyai nama yang sama iaitu daging batang pinang, sebenarnya mereka adalah potongan daging yang berbeza. Bahagian sirloin terletak di antara bahagian pinggang lembu. Bahagian ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang membuatkan daging ini lembut dan begitu juicy sekali.

Antara potongan stik yang terdapat di bahagian ini ialah tri-tip stik dan top sirloin stik. Bahagian ini sesuai sekali dimasak hidangan ‘harimau menangis’ iaitu daging bakar yang dihiris dan dibakar.


6. Round – Daging Sepaha


Bahagian round iaitu daging sepaha yang terletak di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini mempunyai tekstur yang pejal dan agak liatkerana mempunyai banyak pergerakan berbanding dengan potongan lain.

Namun begitu, bahagian ini memang sedap jka dimasak daging masak lada hitam mahupun daging salai. Sangat menyelerakan!


7. Flank – Daging Lambung


Bahagian flank yang dikenali sebagai daging lambung terletak berdekatan dengan otot perut lembu. Bahagian ini mempunyai ira yang lebih tebal berbanding potongan lain yang memberikan rasa daging yang sangat mantap.

Bahagian ini sesuai dihiris dan digunakan dalam stir-fry kerana teksturnya yang agak pejal berbanding potongan daging yang lain.


8. Brisket – Dada


Brisket iaitu daging bahagian dada lembu merupakan bahagian yang agak liat kerana mempunyai jumlah tisu penghubung yang tinggi. Namun begitu, bahagian ini menjadi sangat lembut seperti apabila dimasak secara perlahan.

Bahagian ini memang sesuai dijadikan daging salai kerana bahagian ini akan menjadi sangat tender disamping mempunyai rasa daging yang padu.


9. Hanger – Daging Penggantung


Stik hanger iaitu daging penggantung merupakan otot diafragma lembu yang terletak di bahagian perut. Daging penggantung ini merupakan sebahagian daripada potongan plate. Di bahagian ini juga terdapat stik skirt. Tekstur dan rasa daging penggantung ini juga sama seperti stik skirt.

Bahagian daging ini memang sedap jika diperap dengan rempah ratus kerana rasanya akan meresap secara menyeluruh ke dalam daging. Antara masakan yang sesuai dengan potongan daging ini ialah stir-fry ataupun daging barbeku.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Keria Kentang Manis Bersalut Gula, Tak Sangka Guna Ubi Jenis Ini Pun Sedap Hasilnya

Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama…

10 hours ago

Khairul Aming Lancar Produk Baharu ‘Sambal Nyet Bilis’, Tampil Dengan Rasa Berbeza & Lebih Kick!

Selepas berbulan-bulan menyimpan rahsia dan melakukan persediaan rapi, produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet…

10 hours ago

Resipi Sambal Kering Ikan Pedas Manis, Lauk Simple Tapi Memang Nikmat Dengan Nasi Panas

Sambal kering ikan antara lauk yang mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan. Gabungan ikan goreng yang…

12 hours ago

Resipi Sup Kosong Ala Kedai Makan, Boleh Juga Dijadikan Kuah Asas Untuk Aneka Menu Sup

Sup kosong sering menjadi pelengkap wajib apabila kita makan di kedai tomyam. Biasanya bila pesan…

13 hours ago

Cara Masak Tempe Guna Air Fryer, Rangup Sedang Elok & Tak Keras Macam Kerepek

Cara memasak tempe sebenarnya tidak semestinya perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda mempunyai…

16 hours ago

Daun Rosemary Bukan Sekadar Herba Masakan, Boleh Buat Spray Rambut Agar Lebih Lebat & Kurang Gugur

Daun rosemary bukan sahaja terkenal sebagai herba yang menaikkan aroma dalam masakan, malah ramai turut…

4 days ago