Sup ayam tumis darat terkenal sebagai hidangan yang boleh membantu orang kurang sihat seperti demam atau selesema supaya cepat pulih kerana mengandungi “immunity booster” semulajadi hasil dari rebusan tulang ayam.
Baca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam
Peminat masakan berkuah atau sup, boleh cuba resipi paling senang ini yang dikongsikan oleh Encik Zulkifli Mat. 15 minit dah boleh siap masak sup ayam seperiuk untuk hidangan seisi keluarga.
Resipi Sup Ayam ini bukan sahaja mudah, malah sangat sedap ditambah pula dengan bau aroma rempah ratusnya yang wangi dan segar.
RESIPI SUP AYAM TUMIS DARAT
Bahan-bahan:
- Bawang putih 5 ulas
- Ayam
- Bawang besar 1 biji
- Halia sebesar ibu jari
- 2 kiub pati ayam
- Sup bunjut
- Cili padi 2 biji (titikkan)
- Lada hitam secubit (tumbukkan)
- Garam secukup rasa
- Daun sup & daun bawang
- 6 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
Cara memasak:
1. Masukkan ayam dan air dalam periuk. Hidupkan api.
2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dalam periuk bersama ayam tadi, Biarkan masak bersama.
3. Masukkan sup bunjut.
4. Biarkan semua bahan mereneh.
5. Bila ayam dah masak, masukkan 2 kiub pati ayam.
6. Nak lagi pedas, masukkan cili padi.
7. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kemudian masukkan garam secukup rasa, daun sup dan daun bawang.
8. Dalam kuali lain, gorengkan bawang merah kecil yang sudah dihiris nipis.
9. Bila bawang dah kekuningan, terus masukkan ke dalam sup tadi sekali dengan minyak.
10. Siap! Sup ayam sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Dicuba