sup ayam simple

Jika anda sedang mencari hidangan mudah tapi tetap sedap, Sup Ayam simple tanpa sup bunjut ini memang pilihan terbaik. Walaupun ringkas, tapi tetap menyelerakan.

Dalam masakan Melayu, Sup Ayam sering dihidang panas-panas bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja sebagai pengalas perut. Biasanya, ia dimasak dengan merebus ayam bersama air, bawang dan halia.

Baru-baru ini, Izatie Khaidir telah kongsikan resipi Sup Ayam simple di Facebook tapi tetap sedap walaupun tak menggunakan sup bunjut. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Telur Simple Dari Seorang Ayah, Air Tangan Yang Tiada Tandingnya

RESIPI SUP AYAM SIMPLE

sup ayam simple

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, sediakan 4 sekawan dan potong mayang bawang merah, bawang putih serta halia.

2. Kemudian, tumiskan 4 sekawan dan bahan-bahan yang dimayang tadi sampai naik bau.

3. Apabila bawang sudah masak dan naik bau, masukkan tomato yang dipotong enam, kemudian tumis sampai tomato masak.

4. Bagi memasak 6 ketul ayam, saya guna sebiji tomato besar. Tomato ini sebagai penyedap rasa sup.

5. Selepas itu, boleh masukkan ayam dan masak sampai air ayam kering.

6. Seterusnya, boleh masukkan air mengikut kuantiti kuah yang dimahukan. Jika nak kuah banyak, boleh masukkan air lebih.

7. Apabila ayam sudah masak, boleh masukkan garam dan serbuk perasa.

8. Akhir sekali, boleh letak cili padi dan perah limau nipis. Air limau buatkan sup lebih sedap. Siap untuk dihidang!

sup ayam simple

Jika badan terasa kurang sihat, bolehlah makan Sup Ayam simple ini sebagai pemulih tenaga, kerana kuahnya sangat hangat dan berkhasiat. Selepas makan, pasti badan terasa segar.

Selamat mencuba!

Sumber: Izatie Khaidir

Baca juga: Wanita Kongsi Petua Masak Sup Ikan Merah Guna Air Beras, Terus Hilang Hanyir!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN