resepi sup telur simple

Teringat kenangan masakan seorang ayah, memang lain dari yang lain. Walaupun tak sama seperti cara ibu, namun resepi Sup Telur simple ini sangat mudah dibuat.

Sup Telur adalah hidangan sup yang menggunakan telur sebagai bahan utama. Sesetengah orang suka telurnya hancur dalam kuah, tapi ada juga yang lebih suka tanpa hancur.

Kami terjumpa perkongsian resepi Sup Telur simple oleh Mohd Hamizi Hassan yang dibuat untuk anak-anaknya sewaktu isterinya mengalami alahan. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Petua Masak Sup Ikan Merah Guna Air Beras, Terus Hilang Hanyir!

RESEPI SUP TELUR SIMPLE

resepi sup telur simple

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 3 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji kentang
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Suhun
  • Tauhu kering
  • 1 batang lobak merah
  • Kubis bunga
  • ½ pokok daun bawang
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan 1 sudu besar minyak.

2. Masukkan bawang kecil dan putih, kemudian kacau sampai naik bau.

3. Masukkan air, ketuk sedikit halia dan kiub pati ayam, kemudian kacau sedikit dan biar sampai mendidih.

4. Selepas itu, masukkan kentang dan masak sampai kentang lembut sedikit.

5. Seterusnya, masukkan lobak merah, kubis bunga, suhun, tauhu kering dan garam.

6. Biarkan masak lebih kurang dalam 5 minit, kemudian pecah telur, tapi tak perlu kacau.

7. Selepas 2 minit, boleh tutup api dan tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!

resepi sup telur simple

Anak-anak anda akan puas hati dengan resepi Sup Telur simple ini kerana rasa kuahnya yang cukup lazat. Setelah dapat makan semangkuk, pasti mereka minta lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Hamizi Hassan

Baca juga: Resepi Sup Ayam Thai Paling Padu, Hirup Kuah Sampai Tak Toleh Kiri Kanan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN