Nasi lemak merupakan salah satu makanan tradisi orang Malaysia. Tetapi ramai yang failed setiap kali memasaknya mungkin disebabkan oleh sukatan nasi lemak yang salah.
Lebih lagi jika mahu memasak nasi untuk tetamu yang ramai, jika tak tahu sukatan yang betul, nasi akan terlebih dan terkurang. Selain itu, nasi juga akan menjadi lembik atau keras jika tersalah sukatan.
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Berhari-Hari Pun Tak Basi
Oleh itu, mari kita pelajari cara untuk memasak nasi dalam kuantiti yang banyak seperti yang dikongsikan oleh Fazniza Razali di bawah.
“Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak, mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau berlebih atau terkurang, lebih tak apa tapi kalau lebih banyak sangat membazir pula nanti.
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil untuk seorang makan.”
SUKATAN NASI LEMAK UNTUK MAKAN RAMAI
Sukatan untuk 30-40 orang makan
- 3 kg beras
- 1 kg santan
- 3 liter air
- 3 sudu besar garam
- Daun pandan
Sukatan untuk 55-60 orang makan
- 5 kg beras
- 1 ½ kg santan
- 5 liter air
- 5 sudu besar garam
- Daun pandan
Masak nasi seperti biasa menggunakan sukatan yang diberikan di atas. Semoga bermanfaat!
Kredit: Fazniza Razali
Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama