resepi bekal simple

Jika anda jenis suka travel tapi tak nak habiskan duit di luar negara, boleh cuba senarai resepi bekal simple yang sesuai untuk kaki travel ini. Paling penting, ia lebih jimat dan puas hati.

Tak semua makanan di luar negara kena dengan citarasa, jadi tak hairanlah ramai kaki travel sudah mula bijak berjimat dengan membuat bekal sendiri sekarang.

Berikut merupakan antara resepi bekal simple yang sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih berjimat ketika travel. Bukan setakat mudah, malah cepat siap dan sedap belaka.

Baca juga: Nak Travel Bajet? Ini 7 Trik Cari Makanan Halal & Murah Di Negara Orang!

5 RESEPI BEKAL SIMPLE UNTUK TRAVEL BAJET

1. Sardin segera.

resepi bekal simple

Kredit gambar: Facebook Hashimah Pa’at

Bahan-bahan:

  • Sardin dalam tin
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Limau nipis

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, hiris bawang besar dan cili api.
  2. Kemudian, gaulkan sekali dengan sardin.
  3. Perahkan limau nipis sebagai penghilang bau ikan.

2. Pasta goreng.

resepi bekal simple

Kredit gambar: Freepik

Bahan-bahan:

  • Pasta (rebus siap-siap)
  • Sayur pilihan: bawang, lobak merah, capsicum
  • Sos tomato, cili atau kicap

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang dan masukkan bahan sayur.
  2. Kemudian, campurkan dengan pasta.
  3. Gaul sampai rata.

3. Nasi lemak segera.

resepi bekal simple

Kredit gambar: Facebook Rahizal Ruziha

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Santan kotak atau serbuk santan segera
  • Bahan tambahan: telur rebus

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, masak nasi seperti biasa.
  2. Jika guna santan kotak, masukkan terus semasa masak nasi.
  3. Jika guna serbuk santan segera, masukkan selepas nasi baru nak kering.

4. Sambal Ikan Bilis Kering.

Kredit gambar: Facebook Jaja Noriza

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sampai garing.
  2. Kemudian, masak chili flakes menggunakan api kecil.
  3. Padamkan api dan masukkan bawang goreng.
  4. Masukkan serbuk perasa dan gaul sampai sebati.

(Sumber: Eyqa Roslan)

5. Wrap Tuna.

Kredit gambar: Facebook Zalekha Zabidi

Bahan-bahan:

  • Wrap
  • Tuna
  • Sayur pilihan: salad, timun, tomato
  • Sedikit mayonis
  • Sedikit sos

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, toskan air tuna sampai kering.
  2. Kemudian, panaskan sekejap wrap.
  3. Letakkan tuna tadi ke atas wrap bersama salad, timun dan tomato.
  4. Jika suka boleh campurkan sedikit mayonis dan sos.
  5. Gulungkan dengan kemas.

(Sumber: Facebook Sempoi Resepi)

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut. 

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Freepik, Facebook Zalekha Zabidi 

Sumber: adoi4u

Baca juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN