Kebiasannya makanan Thai semuanya mesti sedap, beraroma dan pedas. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand, resepi ini boleh dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kebiasannya makanan Thai semuanya mesti sedap, beraroma dan pedas. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand, resepi ini boleh dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli di Facebook.
500 gram sotong (dicuci bersih)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Kredit: Zuraizah Zulkifli
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masak seketika dan tutup api.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…
Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…