Mesti korang dah biasa makan puding Milo, sirap dan juga puding kelapa. Tetapi jarang sekali nak tengok orang jual puding yang berbentuk buah tembikai, rasanya sangat menyegarkan dan tidak terlalu manis. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azreen Zaimi di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mesti korang dah biasa makan puding Milo, sirap dan juga puding kelapa. Tetapi jarang sekali nak tengok orang jual puding yang berbentuk buah tembikai, rasanya sangat menyegarkan dan tidak terlalu manis. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azreen Zaimi di Facebook.
3 keping roti putih dipotong bahagian tepi dan dipotong kecil.
1 tin susu cair
4 sdb susu pekat manis
1 biji telur gred A
10 gm serbuk agar-agar
4 sdb gula pasir
1 sdk esen vanilla
Pewarna warna merah dan hijau
Kredit: Azreen Zaimi
Kisar roti putih, susu cair, susu pekat manis bersama telur.
Masukkan 2 cawan air di dalam periuk. Panaskan dan masukkan serbuk agar-agar dan gula kacau hingga larut.
Masukkan esen vanila dan bahan-bahan kisar. Bahagikan kepada tiga bekas.
Sediakan loyang bulat, basahkan loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
Tuangkan adunan hijau, diikuti putih dan merah. Sejukkan dalam peti sejuk. Potong dan letakkan coklat chip utk bijinya.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…