Categories: Resipi

Sotong Goreng Kunyit Berkuah, Rupanya Ramai Lebih Suka Versi Macam Ini!

Sotong adalah antara makanan laut disukai ramai yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan dan salah satunya ialah Sotong Goreng Kunyit berkuah.

Sudah banyak kali pesan Sotong Goreng Kunyit ketika singgah makan di restoran yang menyediakan masakan panas, tapi biasanya ia dibuat secara kering saja.

Sesetengah orang terasa lebih puas jika makan lauk yang berkuah kerana boleh hirup sehingga terangkat selera dibuatnya.

Oleh itu, kami nak anda buat resipi lain dari yang lain iaitu Sotong Goreng Kunyit berkuah oleh mz.kitchens melalui video di TikTok ini. Jom cuba!

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi

RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji cili padi
  • 2 sudu sos tiram
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Bawang holland atau bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili besar
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Gaul sotong bersama serbuk kunyit, serbuk cili dan garam sehingga sebati.

2. Kisar kasar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi.

3. Tumis bahan yang dikisar atau ditumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan sotong dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah, bawang holland dan cili besar.

5. Tambahkan air supaya berkuah dan kacau lagi. Siap untuk dihidang!

Selalu sangat makan dalam versi kering yang biasa, sekali-sekala anda boleh cuba ubah angin untuk buat Sotong Goreng Kunyit berkuah pula.

Keluarga anda pasti terkejut jika melihat hidangan ini kerana tak pernah dibuat oleh orang dan semestinya bukan biasa-biasa!

Jika keluarga anda bertanya tentang bagaimana cara memasaknya, boleh kongsikan resipi menarik ini kepada mereka nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: mz.kitchens

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

Aimi

Recent Posts

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

44 mins ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

3 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

3 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

4 hours ago

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…

4 hours ago

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

4 hours ago