Categories: Resipi

Sotong Gajus Ala Thai, Lauk Ringkas Tapi Lengkap Dengan Rasa!

Kalau anda bertanyakan bagaimana rasa masakan sotong gajus ala Thai ini, jawapannya adalah gabungan rasa pedas, masin, manis, rangup dan sedap sehingga anda terbuai oleh mimpi!

Untuk mendapatkan rasa yang sedap anda perlu memastikan sotong tidak dimasak terlalu lama supaya teksturnya kekal lembut. Selain itu, jika ingin menambahkan rasa lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili kering atau cili kisar mengikut cita rasa.

Kalau anda tidak mempunyai gajus di rumah, boleh digantikan dengan kacang lain seperti kacang tanah jika diingini, tetapi gajus memberikan rasa dan tekstur yang lebih enak untuk masakan ini.

Jom cuba resipi yang dikongsikan ini!

Baca lagi: Resipi Tepung Pelita, ‘Newbie’ Boleh Ikut Cara Ini Mudah & Tak Rumit!

RESIPI SOTONG GAJUS ALA THAI

Bahan-Bahan:

  • 1 kg sotong
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Segenggam gajus panggang
  • 1 biji bawang Holland
  • 7 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • Garam, gula, dan perisa
  • Daun sup (dihiris untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Selepas bawang sudah kekuningan, masukkan cili kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga cili menjadi garing dan minyak mula pecah. Kemudian, masukkan sos ikan, sos tiram, dan kicap pekat manis. Kacau rata dan biarkan sos sebati dengan cili kisar.

3. Masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong. Kacau rata sehingga sotong mula mengeluarkan airnya. Teruskan memasak sehingga air sotong kering. Penting untuk tidak terlalu lama memasak sotong bagi mengelakkan teksturnya menjadi kenyal.

4. Setelah air sotong kering, masukkan bawang Holland yang telah dipotong baji, cili kering yang telah digoreng seketika, daun sup, dan gajus panggang. Kacau rata dan biarkan bahan-bahan ini sebati dengan sotong.

5. Jika perlu, tambahkan sedikit garam, gula, atau perisa mengikut cita rasa. Berhati-hati dengan penggunaan garam kerana sos ikan sudah cukup masin.

6. Masakan ini sememangnya jenis kering, jadi pastikan semua bahan digaul sebati sebelum api dimatikan.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Resipi Cucur Ayam Yang Rangup Di Luar & Juicy Di Dalam, Tak Cukup Sepinggan!

Aisha Qistina

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

2 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

3 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

3 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

4 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

7 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

7 hours ago