Resipi samosa kentang daging blackpepper ini mudah dan boleh dibekukan untuk kegunaan kemudian. Dengan inti daging, kentang dan lada hitam yang sedap, kudapan ini pasti menjadi kegemaran ramai.
Ada beberapa tip tambahan yang akan menambah kesedapan samosa kentang ini telah kami kongsikan di bawah. Jadi, anda wajib baca sehingga habis entri kali ini.
Jom baca dan selamat mencuba!
Baca lagi: Ketam Masak Telur Masin, Nak Warna Cantik Keemasan Tambah Serbuk ‘Ini’
Bahan-Bahan:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris dalam kuali hingga naik bau dan garing.
2. Bancuh rempah sup dan rempah kurma dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam tumisan. Kacau hingga rempah tersebut garing dan naik minyak.
3. Masukkan daging kisar dan kacau rata hingga daging mula masak.
4. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kacau sebati dan tambah air secukupnya untuk memudahkan kentang masak empuk.
5. Masukkan bawang besar, lada hitam, gula, garam, dan cukup rasa. Kacau lagi hingga semua bahan tercampur dan kentang menjadi lembut.
6. Tambahkan hirisan daun sup untuk memberi rasa segar. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi ikut selera. Kacau sebati dan tutup api apabila inti telah kering.
7. Tunggu sehingga inti sejuk sebelum mula membungkus samosa.
8. Potong kulit popia saiz besar menjadi tiga bahagian sama rata. Cantumkan dua potongan kulit popia (hujung ke hujung) menggunakan bancuhan tepung gandum dan air sebagai gam, untuk memanjangkan kulit popia.
9. Letakkan satu sudu inti di hujung kulit popia, dan lipat secara segitiga dari hujung hingga ke akhir. Pastikan lipatan ketat supaya samosa tidak terlerai semasa digoreng.
10. Sapukan bancuhan tepung pada hujung lipatan untuk mengunci samosa dengan kemas.
11. Ulang proses ini hingga habis kulit popia dan inti.
12. Goreng samosa dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan rangup.
13. Jika tidak mahu terus menggoreng, samosa boleh difrozenkan untuk kegunaan kemudian. Simpan dalam bekas kedap udara dan goreng apabila perlu.
Tip Tambahan:
Sumber: Nur Masri
Baca lagi: Resepi Ikan Patin Tempoyak, Buat Kuah Begini Boleh Goda Selera Suami!
Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…
Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…
Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…
Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…
Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…
Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…