Resepi soto ayam adalah hidangan ikonik dari Indonesia yang terkenal dengan rasa yang kaya dan aromanya yang memikat.
Soto ayam ini disajikan dengan kuah berempah, bihun, dan pelbagai bahan pelengkap yang menjadikannya istimewa.
Menu ini bukan sahaja disukai oleh penduduk tempatan, tetapi juga menjadi pilihan popular bagi pelancong yang ingin merasai masakan Indonesia.
Untuk membuat soto ayam yang sedap, ada beberapa tips yang perlu dilakukan semasa proses memasak. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Orang Indonesia, Warna Kuah Tak Gelap!
Bahan-bahan:
Bahan pelengkap:
Cara memasak:
1. Rebus ayam dan dada ayam sebentar, kemudian buang air rebusannya.
2. Goreng bawang merah, bawang putih, dan cili hingga kuning keemasan.
3. Masukkan bahan yang digoreng ke dalam pengisar bersama halia, kunyit, dan biji ketumbar. Kisar halus.
4. Tumis rempah kisar hingga masak dan naik bau.
5. Masukkan lengkuas, serai, daun salam, dan daun limau purut. Tumis sekejap hingga naik bau.
6. Didihkan air (5-8 liter). Sesuaikan jumlah air dengan jumlah ayam yang digunakan.
7. Bila air mendidih, masukkan ayam dan rempah tumis. Masak sekurang-kurangnya 1 jam dengan api sederhana perlahan.
8. Setelah 30-45 minit, angkat ayam dan terus buat kuah sup (lagi lama kuah masak, lagi sedap).
9. Perasakan kuah sup dengan garam, perasa, lada sulah, dan gula pasir.
10. Potong-potong daging ayam dan sediakan dengan bahan pelengkap.
Selamat mencuba!
Kredit: Gallery Chef
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…