Categories: Resipi

Sotong Bakar Bersambal, Gerenti Makan Bertambah Dibuatnya!

Mari buat Sotong Bakar Bersambal. Rasanya bila dipanggang dengan betul dan dicicah pula dengan sambal yang pedas dan masam memang kecur air liur dibuatnya. Tengok menu sotong bakar bersambal ini pun dah boleh buat selera makan bertambah. 

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Jadi, untuk sesi perkongsian resipi kali ini, MyResipi ingin berkongsi resipi dari perkongsian Kak Liyana HN ini. Tidak perlu pergi ke Thailand atau kedai tomyam dah. Boleh membuatnya sendiri di rumah. (Ikut mood rajin masing-masing)

RESIPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahan Utama:

  • 9 ekor sotong saiz sederhana besar
  • Kunyit
  • Sedikit garam (tak perlu banyak)

Bahan-bahan Sambal:

  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih,*
  • 1 batang serai (gemuk)* hiris halus2
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • Segenggam cili kering (rebus)*
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula

Cara-cara penyediaan:

1. Untuk sotong, bersihkan dan buang segala isi perutnya dan toskannya. Kemudian, kelar badan sotong dan cucuk dengan lidi. Garam dan kunyit kan sotong tadi.

2. Untuk sambal pula, Kisar kesemua bahan tadi sehingga halus. Panaskan minyak (1/2 cawan) dan tumis bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak (api sederhana). Proses ni lagi lama lagi sedap sambalnya.

3. Masukkan gula dulu dalam 2 sudu kemudian baru letak garam dan sedikit belacan dan sedikit air asam jawa. Agak-agak dah kering sambal itu boleh lah tutup api.

4. Ratakan sambal ke atas pemanggang. Letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

5. Masaklah lebih kurang 5-6 minit untuk keringkan air. Buka tutup pemangganng dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak.

Tips: Jangan terlalu lama memanggang untuk mengelakkan sotong menjadi liat.

Selamat mencuba.

Sumber: Kak Liyana HN

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berempah, Gaul Dengan Nasi Panas-panas, Nikmatnya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

9 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

9 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

10 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

10 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

14 hours ago