Categories: Informasi

Nak Bercuti Ke Sabah? Ini 7 Makanan Tradisional Yang Wajib Korang Cuba!

Makanan Sabah merupakan antara makanan yang kaya dengan pelbagai rasa dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Ia seringkali menjadi pilihan untuk dicuna oleh orang ramai terutamanya yang bukan dari negeri itu.

Oleh itu, sesiapa yang bakal melancong ke negeri di bawah bayu, anda wajib mencuba 7 makanan ini. Mari kita baca dengan lebih lanjut apakah jenis makanan tersebut.

Baca juga: 7 Resipi Kuih Tradisional Berbalut Daun Pisang, Wangi Aromanya & Sedap-Sedap Belaka

7 MAKANAN SABAH YANG WAJIB CUBA

1. HIVANA

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazandusun di Sabah. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau.

Bak kata orang Sabah, inilah ‘sushi ala-ala Sabah’ kerana bahan utama yang digunakan adalah isi ikan segar mentah. Ikan tersebut kemudiannya dicampur dengan biji buah bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan garam.

2. PINASAKAN

Pinasakan (Pinaasakan atau Pinarasakan) Sada juga salah satu makanan tradisi suku kaum Kadazandusun dan sangat terkenal di Sabah.

Sajian ini mengandungi ikan sardin yang ditumis dan dicampur dengan bambangan (buah tradisional dalam keluarga buah mangga), takob-takob atau asam gelugur, kunyit dan garam. Sajian ini tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

3. LATOK

Latok pula adalah rumpai laut dan ia merupakan makanan tradisional suku kaum Bajau Laut yang mendiami pesisiran laut di daerah Semporna, Sabah. Rumpai laut ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dan bermanfaat kepada penggemarnya.

Antara khasiatnya adalah mempunyai kolagen yang memberi kesan awet muda, merawat kanser, memelihara kesihatan darah, tulang, otot dan fungsi saraf. Latok sesuai dimakan bersama nasi dan ikan yu panggang. Ia juga boleh dimakan mentah bersama perahan limau kasturi, cili padi dan kicap.

4. BEROBOK

Berobok (Nasi Bubur Jagung), atau juga dikenali sebagai Barobbo, merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di Daerah Tawau.

Ianya sejenis bubur yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti jagung, ayam dan sayur-sayuran. Berobok sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sarapan pagi dan minum petang.

Bagi mereka yang ingin mencuba makanan ini, ianya banyak boleh didapati di bahagian pantai timur Sabah terutamanya Bandar Tawau.

5. TUHAU

Tuhau juga salah satu makanan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazandusun. Ianya adalah sejenis tumbuhan dari keluarga halia dan hanya tumbuh di kawasan hutan hujan terutamanya di Kepulauan Borneo.

Bahagian dalam batang Tuhau akan dikeluarkan dan dipotong kecil-kecil sebelum dicampur dengan bahan-bahan lain seperti garam, cili merah dan limau. Istimewanya, makanan Tuhau boleh disimpan lama dan dihidangkan bila-bila masa. Ianya sesuai dimakan bersama nasi yang masih panas dan lauk-pauk seperti ikan dan sayur.

Tuhau juga boleh disediakan mengikut citarasa masing-masing. Ada yang membuat Tuhau sebagai noonsom (jeruk) dan ada juga yang menjadikannya sebagai ramuan sambal.

6. NOONSOM

Noomsom antara makanan tradisi yang popular bagi masyarakat Kadazandusun. Ia merupakan sejenis jeruk yang terdiri daripada beberapa jenis nomsoon. Antara nomoon yang popular adalah Nomsoon Sada (ikan), Nomsoon Bambangan (buah) dan Nomsoon Tuhau (ulam/sayuran).

Nomsoon Sada biasanya menggunakan jenis ikan air tawar. Ikan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijerukkan menggunakan isi buang pangi yang ditumbuk. Selain itu, campuran nasi dan garam juga turut digunakan. Kesemua bahan ini akan dimasukkan ke dalam botol atau bekas kecil dan diperam selama sepuluh hingga dua belas hari sebelum boleh dimakan.

Noonsom Bambangan pula dihasilkan dari isi buah bambangan yang dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut bersama sedikit garam. Kesemua bahan ini akan dimasukkan ke dalam bekas kecil atau botol dan diperam selama seminggu.

Noonsom Tuhau pula diperbuat dari tumbuhan bernama tuhau yang dihiris halus sebelum dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Kesemua bahan ini akan dicampurkan dan dimasukkan ke dalam botol selama beberapa minit sebelum dihidangkan. Ia tidak perlu diperam lama sebelum boleh dinikmati.

7. AMPLANG

Amplang merupakan salah satu keropok atau makanan ringan yang terkenal di negeri Sabah. Keropok Amplang sangat popular di Sabah dan merupakan makanan tradisi bagi kaum Bugis di Sabah.

Amplang merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan keropok yang diperbuat daripada ikan, dan ikan yang biasa digunakan untuk memuat keropok Amplang adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan lain yang kemudiannya digoreng dan dijadikan keropok.

Keropok ini sangat popular di kalangan suku kaum Bugis teruamanya yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di daerah Tawau, Lahad Datu, dan juga Sandakan. Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah isi ikan tenggiri, tepung kanji, garam, gula dan telur ayam.

Sumber: Ceria Sihat

Sumber gambar: Google

Baca juga: Cara Buat Manisan Tradisional Kedah, Kuih Bunga Pudak Yang Makin Dilupai

Wan N

Recent Posts

Resipi Kek Span Versi Bajet, Gebu Gebas & Lembut Elok Walaupun Guna Bahan Ringkas

Kalau sedang mencari resipi kek span yang mudah, gebu dan tak memerlukan banyak bahan, boleh…

19 mins ago

Resipi Acar Rampai, Lauk Sampingan Ini WAJIB Ada Bila Hidang Nasi Minyak & Nasi Hujan Panas

Seorang pengguna Facebook berkongsi cara buat acar rampai yang merupakan resipi istimewa arwah ibunya. Menurut…

1 hour ago

Resipi Ikan Dori Goreng Rangup Guna 3 Bahan, Tak Perlu Bancuhan Tepung Rumit

Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan isi ikan dori, boleh cuba resepi ikan dori…

3 hours ago

Resepi Kimchi Mudah, Buat Sendiri Pun Boleh Jadi Sedap Macam Kedai Korea

Resepi kimchi mudah ini memang sesuai untuk yang baru pertama kali nak cuba buat kimchi…

4 hours ago

Resipi Bihun Goreng Cili Kering Tanpa Sos, Warna Tetap Cantik & Rasa Menyelerakan!

Kalau suka bihun goreng yang pedas dan cukup rasa, boleh cuba bihun goreng cili kering…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kunafa, Setiap Gigitan Ada Tekstur Lembut, Rangup & Topping ‘Leleh’

Ramai yang mungkin dah biasa buat kek coklat moist di rumah. Kali ini, apa kata…

3 days ago