Jom cuba resipi sos black pepper viral yang merupakan hasil perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi. Resipi ini juga telah mendapat lebih 13 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.
Ramai dah cuba dan bersetuju resipi ini tersangatlah sedap kerana sesuai dengan citarasa. Rasanya juga tidak muak.
Nak cuba? Ikut saja resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).
Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese jika ada. Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemakmanis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.
6. Masukkan juga gula sedikit demi sedikit jika risau terlalu manis. Kacau sebati.
7. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Siap untuk sos black pepper viral. Sesuai dimakan dengan lamb chop, chicken chop, chicken grill dan sebagainya.
Kredit: Afy AL Habibi
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…