Jarang di KL ni nak dapat makan burger truck macam di negara luar kan? Haa tapi siapa sangka yang sebenarnya di Petaling Jaya sebenarnya ada foodtruck yang menjual burger dan kopi yang sedap dengan harga yang berpatutan tau. Ramai yang masih lagi tidak tahu tentang foodtruck ni. Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom baca artikel ini.
Sebuah akaun di Twitter @Hunain_ ada berkongsi pengalamanya makan burger di foodtruck ini. Katanya rasa burger di sini sedap dan kopinya juga memang nikmat bila minum.
” This Smash burger dekat petaling Jaya really underrated peniaga macam ni aku rasa patut support cerita dia macam ni..”
” My cousin suggest me this foodtruck dia cakap burger and kopi dia sedap gila tapi tak ramai tahu ”
Kestimewaan makanan yang dijual di foodtruck ini adalah Meat Lover, Double Smashed dan Classic Smashed. Selain itu, mereka juga ada menjual pelbagai jenis kopi. Jadi kepada anda yang sukakan kopi, anda pasti akan suka untuk lepak di sini.
” Btw diorang ada patty ayam jugak incase korang tak makan daging and diornag concern dekat indian customer diorang ”
“Burger sedap , and harga reasonable, daging juice , bun masak pun tak oily and the raspberry coffee is so good! ”
“ Personally aku lagi suka double patty dari mest lover sebab mcm to much happening dalam tu ”
Nampak menarik kan burger yang dijual di sini? Isinya sangat padat fuhh memang layan la tambah lagi kalau minum bersama kopi.
Jadi kepada anda yang berada di kawasan KL atau Selangor dan teringinkan burger yang sedap, anda wajib try makan di Nomadtruck ni tau. Confirm berbaloi lah!
“ Overall happy tummy! ”
Alamat: (Nomadtruck) Jalan SS 6/3, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Beroperasi: Selasa – Isnin (5.30PM – 12AM)
Sumber: @Hunain_
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…