Categories: Resipi

Resipi Singgang Ikan Tongkol, Lauk Simple & Jimat Masa Tapi Berhantu Sedapnya

Singgang Ikan Tongkol ialah salah satu masakan tradisional yang sangat popular di pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

Hidangan ini ringkas, berkuah jernih dan tidak menggunakan minyak atau santan. Rasanya yang masam, pedas dan sedikit masin menjadikannya sangat menyelerakan, terutama bila dimakan bersama nasi panas.

Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan kerana ia dimasak tanpa tumis dan tidak berminyak.

Kelebihan masakan singgang ialah cara memasaknya yang mudah dan cepat. Anda hanya perlu hiris bahan, masukkan semuanya ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Baca juga: Cara Hilangkan Masin Pada Ikan Kering, Ada 3 Petua Berkesan Wajib Cuba

RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan tongkol (saya guna bahagian kepala dan dua ketul isi)
  • Bendi secukupnya
  • Cili merah atau hijau (belah tengah)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Lengkuas (dihiris)
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang diinginkan)

Cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan yang dihiris (bawang, bawang putih, lengkuas) bersama cili dan air ke dalam periuk.
  2. Didihkan kuah sehingga naik bau dan kuah mendidih perlahan (mendidih manja).
  3. Masukkan ikan tongkol dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Biarkan ikan masak dan isinya menjadi lembut.
  5. Masukkan asam keping dan kacau perlahan.
  6. Akhir sekali, masukkan bendi. Apabila bendi mula layu, tutup api.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Ikan Terubuk Masin Goreng Bawang, Bau Pun Dah Buat Perut Berkeroncong!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

12 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

12 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

13 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago