ikan terubuk masin

Resipi ikan terubuk masin goreng bawang ini dijamin buat anda telan air liur. Campuran ikan masin yang rangup, ditambah pula dengan bawang besar layu dan hirisan cili yang pedas-pedas manja, memang susah nak tolak!

Resipi ini sangat ringkas. Tak perlu bahan pelik-pelik, tak perlu masa lama. Tapi hasilnya? Memang padu! Ikan terubuk masin goreng bawang ini memang nikmat dimakan panas-panas dengan nasi putih. Satu lauk ini pun dah cukup buat anda bertambah dua kali.

Baca  juga: Rahsia Buat Ikan Rebus Asam Picit Yang ‘Padu’, Lauk Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur!

RESEPI IKAN TERUBUK MASIN GORENG BAWANG

ikan terubuk masin

Bahan-bahan:

  • Ikan terubuk masin
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Cili (dihiris atau dipotong ikut suka)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Limau sambal

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tak perlu banyak sangat, cukup untuk goreng ikan hingga garing.
  2. Masukkan ikan masin ke dalam minyak panas. Tak perlu buang sisik, sebab bila dah goreng garing, sisik tu jadi rangup dan sedap dimakan. Goreng sampai keemasan dan rangup di luar.
  3. Bila ikan dah garing, angkat dan letakkan atas pinggan.
  4. Guna minyak yang sama, tumis cili dan bawang besar. Masak sekejap saja, cukup hingga bawang nampak layu dan naik bau wangi. Tak perlu sampai terlalu layu, biar ada sedikit tekstur bila dimakan.
  5. Angkat bawang dan cili tadi, kemudian taburkan terus atas ikan goreng.
  6. Akhir sekali, potong limau sambal dan perahkan jusnya atas ikan. Campuran masin, pedas, manis dan masam ini memang buat sesiapa pun tak sabar nak makan!

Sumber: Nurul Aida Mahat

Baca juga: Rahsia Ikan Siakap Stim Sedap & Tak Hanyir, Rasa Sama Macam Makan Dekat Kedai Siam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN