Categories: Infomasi

Si Kecil Tak Berselera Nak Makan Nasi? Jom Cuba Resepi Roti Horns Mini Ini, Sedap Weh!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-16 07:11:02

Roti merupakan salah satu hidangan yang jadi pilihan anak-anak. Ia juga antara makanan paling mudah untuk disediakan jika kesuntukan masa. Cuma untuk mempelbagaikan resepi roti ni, kadang-kadang ibu tak sempat nak memikirkannya disebabkan terlalu sibuk dengan kerja lain. Jadi biasanya pilihan lebih mudah ibu akan buat adalah sandwich ataupun hanya sapu dengan planta atau jem. Jadi apa kata kita cuba resepi Roti Horns Mini yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta di kumpulan Sedapnya Resepi di Facebook.

 

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

 

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti gardenia
  • 2 biji telur (dikacau)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Isi ayam (potong memanjang dan celup tepung bistari kemudian goreng)
  • Mayonis & sos cili
  • Lobak Merah (parut halus)
  • Daun salad
  • Sedikit tepung gandum (campur sedikit air untuk lekatkan roti)

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

 

Cara-cara:

  1. Roti dipotong bahagian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3 kemudian sapu larutan tepung pada sisi roti dan gulung menjadi bentuk horn pastu tekan-tekan sikit supaya roti melekat.
  2. Celup roti dalam telur dan salut serbuk roti. Pastikan bahagian dalam juga bersalut kemudian goreng sehingga menjadi kuning keemasan.
  3. Isi bahagian tengah denagn isi ayam, lobak merah dan daun salad kemudian paipkan sos dan mayonis. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

Selamat Mencuba

Kredit: Cik Puan Julieta

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago