Categories: Resipi

Shellout Buat Sendiri Di Rumah, Lagi Sedap Menjilat Jari Dibuatnya!

Jika anda peminat hidangan shellout, ini adalah salah satu pilihan yang perlu anda pertimbangkan kerana memang jimat masa.

Malah, hidangan seumpama ini sangat sesuai dinikmati bersama-sama ahli keluarga yang ramai. Makanan laut konsep sebegini sebenarnya telah menjadi fenomena dan menjadi trend terkini di kalangan peminat makanan laut.

Sumber asal dan siapa yang memperkenalkan hidangan ini ke negara kita tidak diketahui, tetapi yang pasti, ramai yang menyukai konsep makanan yang mudah dan santai ini.

Baca juga: Ketam Masak Sambal Telur Pecah Macam Restoran Seafood, Sedap Sangat!

Hendak menyediakannya pun mudah, yang penting. harus guna bahan-bahan yang segar. Pasti anda akan puas hati. Mari kita cuba resipi daripada Noor Atika Mahamood seperti yang tertera di bawah ini.

RESIPI SHELLOUT MUDAH DAN RINGKAS

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg ketam
  • 1/2 kg sotong
  • 1/2 kg udang
  • 1 biji jagung manis **potong dan rebus
  • 6 biji bwg merah
  • 6 biji bwg putih
  • halia besar ibu jari
  • 5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis pedas.
  • 4 batang serai *diketuk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Baba’s
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun limau purut
  • Carrot, brokoli, bunga kubis agak2-agak je
  • 1 kiub ayam
  • sedikit hirisan lemon *hiasan*

Cara-cara penyediaan:

1. Potong dan Celur

Mula-mula kita potong sayur carrot, brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali. Kemudian celur dengan air panas. Masa celur ketam, sotong dan udang, air rebusannya simpan sedikit utk masukkan dalam sos/kuah nanti.

2. Kisar bawang

Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia. Ketepikan.

3. Tumis

Kemudian masukkan daun kari dan barulah masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

4. Masukkan serbuk kari

Masukkan bancuhan serbuk kari,lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi.

5. Tambah sos tiram dan sos cili

Kemudian masukkan sos tiram, sos cili.

6. Masukkan bahan-bahan lain dan perasakan

Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam/ kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.

7. Gaul sebati

Masukkan seafood. Balik-balikkan sampai sebati. Dah siap dan boleh lapik meja dan tuang shellout di atasnya. Nikmat makan bersama nasi panas-panas.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Sumber: Noor Atika Mahamood

Baca juga: Bihun Goreng Kicap Seafood, Sedap Dan Pastinya Korang Puas Hati!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

7 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

7 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

7 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

8 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago