shell malaysia

Shell Malaysia baru-baru ini telah lancarkan Shell Cafe dan menawarkan pengalaman gastronomi unik yang berbaloi untuk para pengguna.

Pembukaan kafe ini adalah pencapaian penting untuk Shell dengan komitmen memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan.

Kopi istimewa dihasilkan segar di tempat oleh barista terlatih, memastikan setiap tegukan dapat menceriakan hari pengunjung yang hadir.

Baca juga: Oblong Ramly ‘Laku Keras’ Gara-Gara Resipi Khairul Aming

Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming, menyatakan bahawa Shell Cafe adalah bukti dedikasi Shell dalam menyesuaikan diri dengan pilihan dinamik pengguna. Kopi signaturenya mempunyai rasa ‘KAW’ dengan tambahan rasa buah-buahan dan aroma berempah.

shell malaysia

Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti, Shell Malaysia

Kafe ini tidak hanya menawarkan hidangan kopi, tetapi juga menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan beristirehat.

SHELL MALAYSIA RANCANG TAMBAH 80 CAWANGAN LAGI

shell malaysia

Campuran kopi di sini juga terdiri daripada biji kopi Arabica dan Liberica yang diperoleh dan dihasilkan di Malaysia, menjadikannya lebih unik dengan rasa tersendiri.

Selain hidangan kopi seperti Americano, Latte, dan Cappuccino, ia juga menawarkan hidangan istimewa seperti Dirty Latte dan Cokespresso, serta Frappe Ais Kisar yang menyegarkan.

Bukan itu sahaja, kafe ini juga turut menyajikan pelbagai jenis makanan termasuk Pasta Telur Masin, Sosej Gourmet, Wrap Segar, dan pilihan makanan tanpa daging.

 

Bagi penggemar pastri, anda boleh mencuba Firecracker dan Chocolate Roll, serta pilihan baharu seperti Karipap, Croissant Badam, Scone,  dan Kek.

Shell Cafe juga memperluaskan rangkaian produk dan perkhidmatan berkaitan kenderaan dengan lebih dari 800 kedai Shell Select di seluruh negara.

Seow Lee Ming menambahkan bahawa Shell merancang membuka 80 cawangan lagi menjelang akhir tahun ini, dengan jangkaan penambahan pada tahun 2024.

Baca juga: Penangan Mee Kari Kuah Laksa, Anak Mamat Khalid Realisasikan Di Ah Mat Cafe

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN