seri muka kuih

Seri muka kuih sememangnya antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Gabungan pulut yang lembut dan berlemak bersama lapisan kastard pandan yang licin serta harum menjadikan kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk minum petang, buah tangan atau dihidangkan kepada tetamu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita berkongsi resipi yang sering digunakannya setiap kali membuat seri muka. Menurutnya, dia jarang membuat kuih ini, namun setiap kali menyediakan untuk ahli keluarga, sedekah atau tetamu, hasilnya sentiasa memuaskan. Rahsia utama yang dikongsikan ialah penggunaan santan segar dan daun pandan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak serta aroma yang lebih wangi.

Baca juga: Cekodok Pisang Sedap Guna 100% Tepung Beras, Lebihkan Pisang Baru Jadi Lembut Dan Manis

RESIPI SERI MUKA KUIH PALING SEDAP

seri muka kuih

Jika anda sedang mencari seri muka kuih yang lembut, berlemak dan mudah menjadi, boleh cuba resipi perkongsian ini.

Bahan-bahan Badan (Pulut):

  • 1½ cawan beras pulut
  • 1½ cawan santan sederhana pekat (atau hingga menenggelamkan pulut)
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan Badan (Pulut):

1. Cuci beras pulut sehingga bersih.

2. Rendam selama 30 minit.

3. Bilas sekali lagi dan toskan.

4. Masukkan pulut ke dalam loyang bersaiz 8 inci.

5. Tuangkan santan sehingga menenggelamkan pulut.

6. Masukkan sedikit garam dan gaul rata.

7. Kukus sehingga pulut masak sepenuhnya.

8. Setelah masak, tekan-tekan permukaan pulut supaya padat dan rata.

9. Ketepikan sementara menyediakan lapisan atas.

Bahan-bahan Kepala (Lapisan Pandan):

  • 2 biji telur
  • ¾ cawan gula (boleh dikurangkan jika kurang suka manis)
  • 6 helai daun pandan, dipotong kecil
  • 2½ cawan santan
  • ¾ cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)

Cara Penyediaan Kepala:

1. Kisar daun pandan bersama santan.

2. Tapis bancuhan santan pandan.

3. Satukan telur, gula, tepung gandum, santan pandan dan pewarna hijau.

4. Kacau menggunakan whisk atau kisar menggunakan pengisar sehingga sebati.

5. Tapis adunan ke dalam periuk.

6. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga adunan naik wap dan sedikit pekat.

7. Tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan pulut yang telah dimasak.

8. Kukus selama lebih kurang 25 minit atau sehingga lapisan atas masak sepenuhnya.

9. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong agar hasil potongan lebih kemas.

Tips Buat Seri Muka Kuih Lebih Sedap & Cantik

  • Gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak dan asli.
  • Pilih daun pandan segar supaya aroma kuih lebih harum.
  • Tekan pulut sehingga padat selepas dikukus supaya lapisan atas melekat dengan sempurna.
  • Tapis adunan kastard sebelum dimasak bagi menghasilkan tekstur yang licin tanpa berketul.
  • Masak adunan sehingga naik wap sebelum dituang ke atas pulut bagi mendapatkan lapisan yang lebih cantik.
  • Gunakan api sederhana ketika mengukus supaya permukaan kastard tidak berkedut.
  • Biarkan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong bagi mendapatkan potongan yang kemas dan cantik.

Resipi seri muka kuih ini sesuai dicuba oleh sesiapa sahaja, termasuk yang baru pertama kali ingin membuat kuih tradisional. Dengan sukatan yang mudah serta penggunaan santan dan daun pandan segar, hasilnya bukan sahaja lembut dan berlemak, malah harum semula jadi serta sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga, tetamu atau majlis keraian.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ain Abd Hamid

Baca juga: Resepi Pau Gebu Letak Cuka, Lembut Sampai Esok Walaupun Tanpa Pelembut Doh

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN