Categories: Resipi

Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat



Seri muka merupakan sejenis kuih talam yang amat digemari sejak turun temurun. Ia diperbuat menggunakan pulut di bahagian dasarnya manakala kastad pandan dibahagian atasnya.

Gabungan lemak manis pulut dan kastad pandan itu digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Ia juga merupakan kuih talam yang amat popular tau!

Baca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman

Resipi ini lebih mesra amatur kerana sudah pasti, cawan lebih mudah untuk disukat. Sesuai untuk dihidangkan dari 2 ke 4 orang. Jom ikuti resipi perkongsian dari Dapur KAK CHAH ini.


Resipi Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan

Bahan Lapisan Bawah (Pulut):

  • 1 cawan beras pulut (rendam selama 1 jam)
  • 1/2 cawan santan cair
  • Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
  • Secubit garam

Bahan Lapisan Atas (Warna Hijau)

  • 1 setengah cawan santan pekat
  • Sebiji telur
  • Secubit garam
  • Setengah cawan tepung gandum
  • Setengah sudu makan tepung kastard
  • Setengah cawan gula
  • 5 helai daun pandan
  • Esen vanilla 1sudu kecil (optional)
  • Sedikit dan secukup pewarna hijau

Cara penyediaan lapisan bawah:

1. Tos beras yang telah direndam selama satu jam.

2. Masukkan santan serta secubit garam dan gaul sehingga sebati.

3. Masukkan ke dalam bekas atau loyang alas plastik sekiranya mahu dan masuk daun pandan simpul.

4. Kukus selama 30 minit.

* Sementara menunggu bahagian bawah masak, boleh sambung buat bahagian atas.

Cara penyediaan lapisan atas:

1. Kisarkan daun pandan dengan sedikit santan dari sukatan 1 setengah cawan santan tadi, kemudian tapis dan ambil jusnya sahaja. Hampas boleh dibuang.

2. Campur jus pandan dengan santan yang sedia ada dari sukatan 1 setengah cawan santan tadi. Pastikan ukuran santan dicampur jus pandan tadi tetap 1 setengah cawan tepat.

3. Satukan bahan lain dan santan bersama jus pandan tadi. Kacau rata dan sebati sehingga tidak berketul. Masuk ke dalam kuali.

4. Buka api perlahan dan masak sekejap sambil kacau sehingga bahagian dalam periuk panas.

* Jangan sampai menggelegak – ini petua bagi bahagian atas cantik dan licin sahaja, pastikan adunan masih suam bila hendak diletakkan di atas pulut sebelum kukus.

5. Bila sudah masak, angkat pulut tekan dan garis-gariskan garfu supaya bahagian hijau dan pulut melekat.

6. Kukus dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sehingga masak.

* Pastikan korang periksa bahagian lapisan hijau dengan lidi. Sekiranya masih basah, tambahkan masa kukusan dan kawal api supaya sentiasa sederhana. Rajinkan membuang air dari penutup kukusan.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…

9 hours ago

Chef Zam Kongsi Resipi Mi Segera Asam Laksa Yang Kaw, Buat 1 Bungkus Tak Cukup!

Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…

11 hours ago

Tips Simpan Epal Supaya Tak Cepat Rosak, Segarnya Tahan Lama!

Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…

11 hours ago

Resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, Cara Ini Dapat Hasil Kerak Lebih Garing!

Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…

12 hours ago

Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…

13 hours ago

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!

Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…

13 hours ago