serbuk seasoning

Serbuk seasoning cendawan ini banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan menjadi pilihan para pengguna yang mementingkan kesihatan.

Ini kerana bahan ini digunakan sebagai penambah perasa bagi menggantikan MSG. Ia ada dijual namun harganya agak mahal.

Resipi berkaitan: Cara Buat Cendawan Enoki Butter Ala Anju, Buat Makan Ratah Petang-petang

Pengguna Facebook iaitu Hidayat Sahid ada kongsikan cara-cara untuk membuat serbuk perasa cendawan ini secara homemade yang boleh anda cuba. Jadi bol eh cuba buat sendiri je lepas ni. Memang jimat banyak.


RESIPI SERBUK SEASONING CENDAWAN

Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan MSG.

Bahan-bahan:

  • Cendawan shitake
  • Lobak merah
  • Bawang putih

Cara membuatnya:

1. Cendawan dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu. Lap dengan kain atau tisu.

2. Masukkan ke dalam ketuhar atau air fryer. Bakar pada suhu 100C selama 20 minit.

serbuk seasoning

3. Sejukkan cendawan seketika. Kemudian masukkan ke dalam TM6 bersama semua bahan-bahan lain.

4. Kisar selama 1 minit.

5. Mushroom seasoning siap disediakan. Simpan dalam botol untuk kegunaan harian.

Selamat mencuba!

serbuk seasoning


Sekarang anda mempunyai serbuk perasa cendawan homemade yang siap digunakan untuk meningkatkan rasa hidangan anda.

Pastikan untuk menyimpannya di tempat yang sejuk dan gelap untuk menjaga kualiti dan kesegaran serbuk perasa cendawan.

Selamat mencuba resipi serbuk seasoning cendawan ini.

Baca juga: Nasi Kari Kambing/Daging Versi Ekspres Senang & Cepat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN